Terkini
Ugut warga China: Polis ambil keterangan daripada lima individu
Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.
- Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.
- Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu diambil keterangan, selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan.
- Beliau berkata, dua individu terbabit adalah pemandu e-hailing, yang membawa warga China itu dan seorang lagi wanita warga tempatan, rakan kepada wanita itu, yang turut berada dalam kenderaan terbabit,” katanya.
- Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian sumbangan berbuka puasa kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di pekarangan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Polis selesai mengambil keterangan lima individu berhubung dakwaan seorang anggotanya memeras ugut wanita warga China kerana gagal menunjukkan pasport dalam sekatan jalan raya di Bulatan Dato Onn, minggu lalu.
Pemangku Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata anggota polis berkenaan adalah antara lima individu yang diambil keterangan, selain akan memanggil dua lagi individu untuk membantu siasatan.
Beliau berkata, dua individu terbabit adalah pemandu e-hailing, yang membawa warga China itu dan seorang lagi wanita warga tempatan, rakan kepada wanita itu, yang turut berada dalam kenderaan terbabit,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada penyampaian sumbangan berbuka puasa kepada anggota Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di pekarangan Bazar Ramadan Jalan Raja Alang, di sini, hari ini.
Terdahulu, satu rakaman video dimuat naik di akaun TikTok sebelum tular di media sosial lain, memaparkan seorang wanita sedang mengulas isu berkenaan dalam bahasa Cina bersama sedikit sedutan rakaman kejadian.
Menerusi kapsyen yang disertakan bersama video itu, anggota polis terbabit didakwa memeras RM200 ke atas seorang pelancong wanita dari China kerana tidak membawa pasportnya, yang kononnya ditinggal di hotel.
Rakaman video kejadian itu juga dikatakan sudah tular di negara asal pelancong wanita terbabit.
Mengulas lanjut, Yahaya berkata, polis juga bekerjasama dengan Interpol dan Jabatan Imigresen bagi mengesan wanita warga China itu, yang dipercayai sudah meninggalkan Malaysia.
Yahaya berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Katanya, kertas siasatan yang lengkap akan dikemukakan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.
Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah percaya dengan penyebaran maklumat di media sosial tanpa sumber sahih.
Beliau juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di talian 03-2600 2222.
Sumber: Berita Harian