Connect with us

Antarabangsa

Larangan perkahwinan sejenis bukan diskriminasi – Perdana Menteri Jepun

Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata larangan perkahwinan sama jantina di negara itu bukan satu diskriminasi dan menegaskan perlembangaan hanya membenarkan perkahwinan heteroseksual.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Larangan perkahwinan sejenis bukan diskriminasi – Perdana Menteri Jepun
Foto: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
  • Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata larangan perkahwinan sama jantina di negara itu bukan satu diskriminasi.
  • “Saya tidak rasa larangan itu adalah diskriminasi yang tidak adil oleh kerajaan,” kata Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida.
  • Beliau menegaskan bahawa larangan perkahwinan sama jantina adalah “tidak bertentangan dengan perlembagaan” dan menafikan dirinya prejudis.

TOKYO – Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida berkata larangan perkahwinan sama jantina di negara itu bukan satu diskriminasi dan menegaskan perlembangaan hanya membenarkan perkahwinan heteroseksual.

Parti Liberal Demokratik pimpinan Kishida, yang terkenal dengan nilai kekeluargaan konservatif dan keengganan mereka untuk menyokong kesaksamaan jantina dan kepelbagaian seksual, adalah penentangan utama menghalang perkahwinan sejenis dan kesamaan hak bagi LGBTQ di negara itu.

“Saya tidak rasa larangan perkahwinan sama jantina adalah diskriminasi yang tidak adil oleh kerajaan,” katanya kepada parti pembangkang dipetik Japan Today semasa ditanya sama ada beliau berpendapat larangan perkahwinan sejenis merupakan satu diskriminasi dalam sidang Parlimen pada Selasa.

Kenyataan Kishida mencetuskan kecaman pembangkang dan aktivis LGBTQ yang mempersoalkan sama ada beliau sebelum ini menyokong untuk menunjukkan pertimbangan kepada ahli konservatif partinya yang menentang kepelbagaian seksual.

Kishida berkata selepas perjumpaannya dengan wakil LGBT bulan lalu, beliau “merasakan perlu ada perbincangan” dan akan mengambil kira pandangan masyarakat dan Ahli Parlimen serta menetapkan beberapa tindakan undang-undang dan langkah berterusan di majlis perbandaran tempatan.

Beliau sekali lagi menegaskan bahawa larangan perkahwinan sama jantina adalah “tidak bertentangan dengan perlembagaan” dan menafikan dirinya prejudis. 

“Saya percaya saya tidak mempunyai diskriminasi terhadap isu ini,” katanya. “Dan saya tidak pernah berkata saya menentangnya”.

Kenyataan diskriminasi bekas pembantu Kishida, Masayoshi Arai bulan lalu mengenai golongan LGBTQ mencetuskan kemarahan di seluruh negara dan mendesak kerajaan menggubal undang-undang anti-diskriminasi walaupun selepas pegawai itu dipecat.

Sejak kontroversi itu, Kishida melantik pembantu untuk mengurus isu-isu LGBTQ dan mengarahkan partinya untuk menyediakan rang undang-undang yang menyokong kesefahaman bagi hak-hak LGBTQ.

Sumber: Japan Today

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *