Connect with us

Terkini

(VIDEO) Helikopter polis terbabit kemalangan ketika latihan Mitsatom, Lima mangsa dilapor selamat

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Helikopter PDRM yang terhempas ketika melakukan simulasi lintas hormat sempena MITSATOM 2025 berhampiran Sungai Pulai.

GELANG PATAH — Sebuah helikopter milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit dalam kemalangan pagi ini ketika menjalani simulasi lintas hormat sempena latihan Multilateral Nuclear SecurityDetection Exercise (MITSATOM 2025) berhampiran Sungai Pulai, di sini, kira-kira 35 km dari Johor Bahru.

Insiden itu berlaku di perairan berhampiran Jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), iaitulokasi latihan yang melibatkan empat negara – Malaysia, Indonesia, Thailand dan Singapura.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) dalam kenyataan mengesahkan kemalangan itu melibatkan sebuah helikopter jenis AS355N, nombor pendaftaran 9M-PHG.

Menurut CAAM helikopter berkenaan yang dikendalikan oleh PDRM telah berlepas dari Balai Polis Tanjung Kupang pada 9.51 pagi dan membawa lima penumpang termasuk juruterbang.

Wartawan Bernama yang berada di lokasi bagi membuat liputan program turut menyaksikan sendiri kejadian tersebut.

“Kesemua lima mangsa berjaya diselamatkan oleh Pasukan Polis Marin dan dibawa ke jeti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) di Johor.

“Mangsa kini sedang dipindahkan ke Hospital Sultanah Aminah, di Johor Bahru untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut perubatan,” menurut kenyataan itu.

CAAM memaklumkan siasatan lanjut akan dijalankan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara di bawah Kementerian Pengangkutan mengikut Bahagian XXVI Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam 2016.– BERNAMA

https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2443536&fbclid=IwY2xjawLcRSZleHRuA2FlbQIxMABicmlkETFzRzE3S2wyZlpjNThZb2VRAR6mSLIwc2hxhZrRbz0E358IKF9br7gWhM5eYOSoKBIjKbF66anR9JFSzmkL-Q_aem_xBLm0dE9H93MOxJBZ0Vlzg

Author