Connect with us

Terkini

Tarik balik kelulusan tanah pembangunan rumah ibadat tidak ikut tempoh

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim
  • Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan berkenaan sejak 2008 sehingga kini.
  • Kerajaan Selangor boleh menarik balik pemberian kelulusan tanah bagi tujuan membina rumah ibadat bukan Islam sekiranya tidak dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan.

 

SHAH ALAM — Kerajaan Selangor boleh menarik balik pemberian kelulusan tanah bagi tujuan membina rumah ibadat bukan Islam sekiranya tidak dibangunkan dalam tempoh yang ditetapkan, Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor diberitahu hari ini.

Exco Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri Datuk Ng Suee Lim berkata kelulusan tanah yang ditarik balik itu akan diberikan kepada pihak yang memerlukan.

Beliau berkata Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao Selangor (Limas) telah meluluskan 400 slot tanah kepada pihak rumah ibadat bukan Islam bagi tujuan berkenaan sejak 2008 sehingga kini.

“Jadi kalau kita dah berikan tanah untuk mereka bina rumah ibadat. Kalau dalam tempoh masa tertentu masih tidak ada pembinaan, kita akan pastikan dalam tempoh lima tahun, kita akan rujuk kembali untuk kita ambil balik tanah itu,” katanya.

Beliau menjawab pertanyaan tambahan Lwi Kian Keong (PH-Sungai Pelek) yang ingin tahu tempoh pembangunan sesebuah rumah ibadat bukan Islam setelah permohonan itu diluluskan.– BERNAMA

 

Author