Connect with us

Terkini

PM Anwar tegaskan kepada Rubio agar kekejaman, Pembantaian di Gaza dihentikan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dan Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio (kanan)
  •  Gesaan itu disampaikan ketika Perdana Menteri menerima kunjungan hormat Rubio di Parlimen pada Khamis selain membincangkan perkara lain dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu.
  • “Dia nampak yakin akan ada gencatan senjata (yang akan) membolehkan bantuan kemanusiaan (disalurkan) ke Palestin dan Gaza.
  • “Mengenai isu-isu lain perdamaian, saya tekankan bahawa kita di sini terkesan juga kalau ada pencerobohan dan gangguan,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.

 

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kepada Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Marco Rubio bahawa kekejaman dan ‘pembantaian’ yang berlaku di Gaza, Palestin perlu dihentikan segera.

Perdana Menteri berkata gesaan itu disampaikan beliau ketika menerima kunjungan hormat Rubio di Parlimen pada Khamis selain membincangkan perkara lain dalam pertemuan kira-kira 40 minit itu.

“Dia nampak yakin akan ada gencatan senjata (yang akan) membolehkan bantuan kemanusiaan (disalurkan) ke Palestin dan Gaza.

“Mengenai isu-isu lain perdamaian, saya tekankan bahawa kita di sini terkesan juga kalau ada pencerobohan dan gangguan,” katanya kepada pemberita selepas kunjungan itu.

Rubio berada di sini bagi menghadiri mesyuarat peringkat tinggi sempena Mesyuarat Menteri-Menteri Luar ASEAN ke-58 dan mesyuarat berkaitan yang dianjurkan Malaysia di bawah Kepengerusian ASEAN 2025.

Ini juga adalah lawatan sulung Rubio ke Asia sebagai Setiausaha Negara selepas dilantik ke jawatan itu awal tahun ini. Beliau mewakili AS ke mesyuarat ASEAN yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dari 8 hingga 11 Julai. Anwar berkata beliau dan Rubio turut membincangkan soal ASEAN.

“AS masih menganggap hubungan dengan Malaysia penting dan mahu kekal malah meningkatkan kerjasama dengan ASEAN dan negara anggota,” kata Perdana Menteri.– BERNAMA

 

Author