Connect with us

Antarabangsa

Hampir 1,000 syarikat korporat bantu Zionis bunuh rakyat Palestin

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Pendedahan mengejutkan itu dibuat Francesca Albanese, Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, melalui laporan “From Economy of Occupation to Economy of Genocide” yang dibentangkan kepada PBB pada 3 Julai.
  • Laporan tersebut menyenaraikan syarikat gergasi seperti Lockheed Martin, Microsoft, Amazon, Palantir, IBM, dan Maersk, yang didakwa membekalkan senjata, teknologi, perkhidmatan kewangan, dan sokongan logistik kepada Israel.
  • Menurut laporan itu, penglibatan korporat meliputi sektor-sektor utama termasuk industri pertahanan, teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, kewangan, insurans, dan juga institusi akademik serta kebajikan.

GENEVA – Hampir 1,000 syarikat antarabangsa kini didedahkan sebagai bersekongkol secara langsung dalam genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Gaza, menurut laporan terbaru Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Pendedahan mengejutkan itu dibuat  Francesca Albanese, Pelapor Khas PBB mengenai hak asasi manusia di wilayah Palestin yang diduduki, melalui laporan bertajuk “From Economy of Occupation to Economy of Genocide” yang dibentangkan kepada Majlis Hak Asasi Manusia PBB pada 3 Julai.

Menurut The Palestine Chronicle, laporan berkenaan menyenaraikan syarikat gergasi seperti Lockheed Martin, Microsoft, Amazon, Palantir, IBM, dan Maersk, yang didakwa membekalkan senjata, teknologi, perkhidmatan kewangan, dan sokongan logistik kepada Israel, secara langsung menyumbang kepada kematian lebih 57,000 rakyat Palestin dan kecederaan lebih 134,000 yang lain di Gaza.

Menurut laporan itu, penglibatan korporat meliputi sektor-sektor utama termasuk industri pertahanan, teknologi maklumat, pembinaan, perlombongan, kewangan, insurans, dan juga institusi akademik serta kebajikan.

“Aktiviti komersial yang memudahkan dan mendapat keuntungan daripada pemusnahan kehidupan orang awam yang tidak bersalah mesti dihentikan,” tegas laporan itu, yang turut menuntut tindakan ke atas syarikat-syarikat yang terlibat dalam pelanggaran hak asasi manusia dan jenayah antarabangsa.

Laporan tersebut juga mengaitkan peningkatan perbelanjaan ketenteraan Israel sebanyak 65% dari 2023 ke 2024, mencecah AS$46.5 bilion, sebagai satu “kitaran menguntungkan” yang bermula dari dana kerajaan Amerika Syarikat dan disalurkan semula kepada syarikat-syarikat korporat, sekaligus menjadikan genosid sebagai satu perniagaan yang menguntungkan.

PBB sebelum ini pernah menerbitkan satu pangkalan data pada Februari 2020 yang menyenaraikan 112 syarikat terlibat dalam penempatan haram Israel, termasuk Airbnb, Booking.com, JCB, dan Motorola Solutions. Langkah itu menerima kecaman hebat dari Amerika Syarikat dan Israel.

Albanese sebelum ini juga pernah mengkritik kegagalan komuniti antarabangsa dalam menghentikan perang di Gaza, manakala Setiausaha Agung PBB António Guterres mengakui pada September 2024 bahawa dunia telah “gagal terhadap rakyat Gaza.”

Laporan itu kini menyeru masyarakat antarabangsa, pertubuhan sivil, dan individu untuk bangkit serta menuntut akauntabiliti terhadap syarikat-syarikat yang menyumbang kepada jenayah paling tragik abad ini. – The Merdeka Times

Author