Connect with us

Terkini

Malaysia naik 19 anak tangga ke kedudukan ke-88 dalam indeks kebebasan media dunia 2025 – RSF

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Logo RSF
  • Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.
  • Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.
  • Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.

KUALA LUMPUR — Malaysia meningkatkan kedudukan dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2025 dengan melonjak 19 anak tangga ke kedudukan ke-88, menurut penilaian terkini Reporters Without Borders (RSF).

Negara mencatatkan 56.09 mata tahun ini, menandakan pemulihan berbanding 2024 apabila Malaysia berada pada kedudukan ke-107 dengan skor 52.07.

Dalam kalangan negara ASEAN, Malaysia kini berada di kedudukan kedua tertinggi, di belakang negara jiran Thailand, yang berada di tangga ke-85.

Brunei pula berada di tempat ke-97, diikuti Filipina (ke-116), Singapura (ke-123), Indonesia (ke-127), Laos (ke-150), Kemboja (ke-161), Myanmar (ke-169), dan Vietnam (ke-173).

Indeks Kebebasan Media Dunia menilai tahap kebebasan media di 180 negara berdasarkan pada indikator utama termasuk persekitaran politik, perlindungan undang-undang, kebebasan editorial, ketelusan, dan keselamatan wartawan.

Berita lanjut menyusul. — BERNAMA

Author