Antarabangsa
Israel tanam pokok gharqad lepas rampas Palestin, kini jutaan pokok hangus terbakar

- Antara pokok yang musnah dalam kebakaran itu termasuk pokok gharqad yang diceritakan dalam hadis Rasulullah dan dianggap Zionis sebagai antara elemen penting untuk survival negara Israel.
- Dengan menggunakan alasan pemeliharaan alam sekitar dan mahu menjadikan Palestin kelihatan lebih seperti Eropah, Israel menanam pokok di bandar dan kampung, di mana rakyat Palestin kemudiannya diusir secara paksa ketika tragedi Nakba pada tahun 1948.
- Tragedi kebakaran di Israel itu juga boleh dianggap kifarah kepada Zionis kerana berulang kali membakar atau memusnahkan tanah pertanian dan kebun zaitun milik rakyat Palestin yang menjadi sumber pendapatan rakyat Palestin.
- Tindakan itu juga mendatangkan mudarat kepada merana pokok zaitun yang dimusnahkan itu sebenarnya tahan terhadap kemarau serta kebakaran.
BAITULMAQDIS – Kebakaran hutan terbesar dalam sejarah Israel yang melanda seluruh negara haram itu membakar jutaan pokok yang ditanam Israel di kampung-kampung Palestin yang dimusnahkannya semasa dan selepas penubuhannya.
Antara pokok yang musnah dalam kebakaran itu termasuk pokok gharqad yang diceritakan dalam hadis Rasulullah dan dianggap Zionis sebagai antara elemen penting untuk survival negara Israel.
Menurut Aljazeera, projek penanaman hutan di bawah Dana Nasional Yahudi (JNF), dengan kerjasama Persatuan Penjajahan Yahudi Palestin (PICA) dimulakan sejak 1920.
Dengan menggunakan alasan pemeliharaan alam sekitar dan mahu menjadikan Palestin kelihatan lebih seperti Eropah, Israel menanam pokok di bandar dan kampung, di mana rakyat Palestin kemudiannya diusir secara paksa ketika tragedi Nakba pada tahun 1948.
Tragedi kebakaran di Israel itu juga boleh dianggap kifarah kepada Zionis kerana berulang kali membakar atau memusnahkan tanah pertanian dan kebun zaitun milik rakyat Palestin yang menjadi sumber pendapatan rakyat Palestin.
Tindakan berkenaan juga mendatangkan mudarat kepada Israel kerana pokok zaitun yang dimusnahkan itu sebenarnya tahan terhadap kemarau serta kebakaran.
Pada tahun 1951, perdana menteri pertama Israel, David Ben-Gurion, menyeru peneroka haram Israel untuk “menyuburkan padang pasir” sebagai sebahagian daripada kempen nasionalis mereka.
Usaha-usaha itu dipercepatkan selepas perang tahun 1967 dan penjajahan Tebing Barat dan Gaza.
Tidak cukup dengan itu apabila pada tahun 2022, polis Israel meminta JNF untuk menanam hutan di tanah tempat masyarakat Badwi Palestin tinggal, dengan mendakwa mereka sebagai penceroboh.
Penanaman pokok tersebut menghalang rakyat Palestin yang mempunyai tuntutan pemilikan daripada menggunakan tanah itu.
Menjelang 2024, JNF telah menanam lebih 240 juta pokok di atas tanah seluas 100,000 hektar.
Namun kini, sebahagian besar pokok-pokok itu hangus terbakar. – The Merdeka Times
