Connect with us

Terkini

Dakwaan suntikan vaksin boleh sebar jangkitan HIV adalah palsu – Doktor pakar

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook tersebut.
  • Itu antara peringatan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor yang menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut.
  • Jelasnya, dakwaan atau berita itu merujuk kepada Vaksin Covid-19 V451 yang dibangunkan University of Queensland dan CSL di Australia di mana penghasilannya kini sudah dihentikan sejak 2020.
  • “Isunya penerima (peserta kajian) vaksin Covid V451 yang berkenaan didapati positif dengan ujian HIV, bukan dia dapat jangkitan HIV tetapi ujian HIV tu memberi keputusan positif yang salah ataupun “false positive”.
  • “Sama juga dengan penerima vaksin Covid V451 yang ujian HIVnya positif, dia tidak dijangkiti HIV tetapi ujian itu yang “false positive”,” katanya.

KUALA LUMPUR — Dakwaan yang tular di media sosial kononnya suntikan vaksin Covid 19 boleh menyebarkan jangkitan HIV adalah palsu.

Itu antara peringatan Pakar Obstetrik dan Ginekologi, Datuk Dr Mohd Rushdan Md Noor yang menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai dakwaan tersebut.

Jelasnya, dakwaan atau berita itu merujuk kepada Vaksin Covid-19 V451 yang dibangunkan University of Queensland dan CSL di Australia di mana penghasilannya kini sudah dihentikan sejak 2020.

“Isunya penerima (peserta kajian) vaksin Covid V451 yang berkenaan didapati positif dengan ujian HIV, bukan dia dapat jangkitan HIV tetapi ujian HIV tu memberi keputusan positif yang salah ataupun “false positive”.

“Saya bagi contoh, ujian air kencing kehamilan ataupun UPT boleh positif ke atas orang lelaki yang menghidap kanser testis, lelaki itu tidak hamil, tetapi ujian UPT itu memberi keputusan “false positive”.

“Sama juga dengan penerima vaksin Covid V451 yang ujian HIVnya positif, dia tidak dijangkiti HIV tetapi ujian itu yang “false positive”.

“Setiap ujian ada “false positive” dan ada “false negative”, jika orang yang sihat tapi ujian positif, hasil ujian itu dikatakan “false positive” (ujian positif yang palsu), orang yang sakit tapi keputusan ujian negatif pula dikatakan “false negative” (ujian negatif yang palsu).

Jadi tak ada kaitan antara vaksin Covid V451 dengan jangkitan HIV,” kata Dr Rushdan menerusi hantaran di Facebook yang turut berkongsi pautan ke hantaran Facebook Ini Sains Beb bertajuk, “Vaksin Covid Mengakibatkan Jangkitan HIV?”.

Tambahnya, vaksin Covid V451 tidak lagi dihasilkan bukan kerana ia (menyebabkan) jangkitan HIV, tetapi bagi mengelakkan kekeliruan dan kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap keputusan ujian positif HIV yang palsu itu.

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook DrRushdan Noor.

Baru-baru ini, pelbagai dakwaan timbul di Facebook berhubung kononnya vaksin mengandungi HIV dan telah menyebabkan jangkitan penyakit tersebut.

Malah, turut tular tangkap layar hantaran Facebook yang mendakwa Kementerian Kesihatan Malaysia menuduh anak muda terjebak hubungan seks songsang hingga berlaku peningkatan kes HIV dan hantaran itu mendakwa kes HIV terbabit kononnya disebabkan vaksin yang mengandungi virus tersebut. – The Merdeka Times

Foto: Tangkap layar hantaran Facebook yang tular di media sosial ketika ini dan ia dikongsi semula oleh beberapa pakar perubatan yang menafikan dakwaan tersebut.

 

Foto: Tangkap layar gambar posting dakwa vaksin sebabkan jangkitan HIV yang dimuat naik semula Facebook Ini Sains Beb di hantaran Facebook-nya.

Author