Connect with us

Terkini

Pelajar Tingkatan Tiga sawan, mulut berbuih selepas hisap vape

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di bandar Kangar, Perlis dikejar ke Hospital Tuanku Fauziah semalam selepas sawan dipercayai kerana menghisap vape.
  • Insiden berlaku sekitar 9.35 pagi apabila pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.
  • Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulut berbuih.

KUALA LUMPUR — Seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah menengah di bandar Kangar, Perlis dikejar ke Hospital Tuanku Fauziah semalam selepas sawan dipercayai kerana menghisap vape.

Insiden berlaku sekitar 9.35 pagi apabila pelajar terbabit bersama dua lagi rakannya keluar kelas tanpa kebenaran guru ketika menjawab kertas ujian Bahasa Inggeris di sekolah berkenaan.

Pengarah Pendidikan Perlis, Rose Aza Che Arifin berkata ketika seorang guru lain mengambil tugasan mengawas kelas itu, dia mendapati mangsa dipapah masuk ke kelas oleh dua rakannya tersebut dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mulut berbuih.

Beliau berkata guru bertugas segera melapor perkara itu kepada pentadbir sekolah sebelum menghubungi pihak ambulans dan waris pelajar itu untuk dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF).

“Siasatan awal kita mendapati, mangsa dipercayai menghisap vape bersama rakan di tandas sekolah lebih kurang 9.30 pagi.

“Namun begitu, jenis vape belum dapat dikenal pasti oleh pegawai perubatan pada masa ini dan kita membantu pihak sekolah menyediakan laporan awal,” katanya dipetik Harian Metro.

Rose Aza berkata pihaknya sudah mengarahkan guru disiplin dan kaunselor sekolah untuk hadir ke HTF bagi siasatan lanjut.

“Pihak sekolah turut menghantar laporan awal kepada Unit Hal Ehwal Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis,” katanya.

Pada November tahun lalu, seorang pelajar lelaki Tingkatan Dua di sebuah sekolah menengah kebangsaan di Kangar dilapor cedera akibat terjatuh dari bumbung pejalan kaki dalam kawasan sekolah itu selepas dipercayai khayal setelah menghisap rokok elektronik (vape).

Ketua Polis Daerah Kangar, Yusharifuddin Mohd Yusop berkata sebelum kejadian itu, pelajar berkenaan dipercayai berasa panas badan dan berkhayal selepas menghisap vape dan dia kemudiannya turun dari tingkat satu bangunan sekolah tersebut dan berjalan di atas bumbung pejalan kaki yang rapuh.

Februari lalu, media melaporkan terdapat peningkatan dalam trend penggunaan rokok elektronik atau vape membabitkan pelajar sekolah dengan hampir 20,000 kelompok itu terjebak kegiatan terbabit pada tahun lalu. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *