Terkini
Mufti Perlis desak kerajaan kenakan hukuman paling berat ke atas pemandu mabuk

- Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendesak supaya pemandu di bawah pengaruh bahan memabukkan atau mengkhayalkan sehingga membunuh atau mencederakan orang lain dikenakan hukuman paling berat.
- “Jika tidak, geng dadah dan puak peminum ‘todi’ dan arak akan menjadikan bahan-bahan haram itu sebagai kelonggaran untuk mereka meragut nyawa atau mencederakan orang lain.
- “Sejak dahulu isu ini telah ditimbulkan, kita berharap Kerajaan Madani yang selalu membicarakan tentang peradaban dan ketamadunan dapat berbuat sesuatu yang tepat dalam perkara ini,” tegas Dr MAZA menerusi hantaran di Facebook tanpa menyatakan desakan itu timbul disebabkan kes apa.
- Ini bukan kali pertama pihak kerajaan didesak mengenakan hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk mahupun pemandu ‘lalok’ (bawah pengaruh dadah) yang menyebabkan kematian dan mencederakan orang lain.
KUALA LUMPUR — Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mendesak supaya pemandu di bawah pengaruh bahan memabukkan atau mengkhayalkan sehingga membunuh atau mencederakan orang lain dikenakan hukuman paling berat.
Mohd Asri yang lebih dikenali sebagai Dr Maza menegaskan sekiranya hukuman paling berat tidak dikenakan, kelompok terjebak dadah dan peminum ‘todi’ serta arak akan menjadikan bahan-bahan haram itu sebagai ‘kelonggaran’ untuk meragut nyawa atau mencederakan individu lain.
Jelasnya, isu sebegini sudah ditimbulkan sejak dahulu lagi, justeru beliau berharap kerajaan hari ini yang selalu membicarakan tentang peradaban dan ketamadunan dapat melakukan sesuatu yang tepat dalam perkara berkenaan.
“Jika tidak, geng dadah dan puak peminum ‘todi’ dan arak akan menjadikan bahan-bahan haram itu sebagai kelonggaran untuk mereka meragut nyawa atau mencederakan orang lain.
“Sejak dahulu isu ini telah ditimbulkan, kita berharap Kerajaan Madani yang selalu membicarakan tentang peradaban dan ketamadunan dapat berbuat sesuatu yang tepat dalam perkara ini,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook tanpa menyatakan desakan itu timbul disebabkan kes apa.
Ini bukan kali pertama pihak kerajaan didesak mengenakan hukuman lebih berat ke atas pemandu mabuk mahupun pemandu ‘lalok’ (bawah pengaruh dadah) yang menyebabkan kematian dan mencederakan orang lain.
Tahun lalu, Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) turut disaran meningkatkan hukuman penjara terhadap pemandu mabuk yang menyebabkan kematian kepada maksima 20 tahun dengan meminda Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333).
Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong dilapor berkata pindaan itu perlu dilakukan sekiranya hukuman dikenakan terhadap pesalah iaitu penjara tidak kurang 10 tahun dan maksimum 15 tahun serta denda tidak kurang RM50,000 dan tidak melebihi RM100,000 masih tidak meninggalkan sebarang kesan kepada orang ramai.
Choo Seong berkata dengan mengenakan hukuman penjara minima 15 tahun dan maksima 20 tahun, ia mungkin dapat memberi kesedaran kepada masyarakat. — The Merdeka Times
