Connect with us

Terkini

Disyaki terlibat gangguan seksual pelajar, Guru Sekolah Menengah Persendirian Cina di Kedah ditahan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian)
  • Seorang guru di Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) di Alor Setar, Kedah ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar.
  • Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook sekolah itu, mereka mendapat maklumat berkenaan daripada pihak polis yang memaklumkan perkara tersebut pada 19 April lalu, jam 5 petang di mana seorang guru dari sekolah terbabit kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.
  • “Guru berkenaan telah digantung tugas serta dilarang memasuki kawasan sekolah sementara menunggu hasil siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan rasmi berbahasa Cina yang disiar di Facebook sekolah terbabit pada Ahad.

KUALA LUMPUR — Seorang guru di Sekolah Menengah Keat Hwa (Persendirian) di Alor Setar, Kedah ditahan pihak polis kerana disyaki terlibat dalam kes gangguan seksual terhadap seorang pelajar.

Menurut kenyataan di laman rasmi Facebook sekolah itu, mereka mendapat maklumat berkenaan daripada pihak polis yang memaklumkan perkara tersebut pada 19 April lalu, jam 5 petang di mana seorang guru dari sekolah terbabit kini ditahan pihak polis bagi membantu siasatan.

Kenyataan itu berkata memandangkan pengetua sedang mengambil cuti sakit, penolong kanan sekolah terbabit telah mengumpul maklumat awal berkaitan kes tersebut dan melaporkannya kepada lembaga pengurusan sekolah, yang kemudiannya pihak sekolah dengan segera menubuhkan pasukan tindakan krisis terdiri daripada ahli lembaga sekolah dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG).

Pasukan tersebut dikatakan telah mengadakan mesyuarat tergempar pada jam 10 pagi semalam dan mengeluarkan kenyataan rasmi yang mengandungi beberapa perkara utama.

“Pihak sekolah memandang serius insiden ini dan ingin menjelaskan perkara-perkara berikut iaitu pendirian tegas pihak Lembaga Pengurusan dan PIBG.

“Pihak sekolah mengamalkan dasar “sifar toleransi” terhadap sebarang bentuk pelanggaran hak pelajar.

“Sebaik sahaja menerima makluman daripada pihak polis, pihak sekolah telah segera menubuhkan pasukan tindakan krisis yang dianggotai ahli Lembaga Pengurusan dan PIBG serta memberi kerjasama penuh kepada siasatan pihak polis.

“Guru berkenaan telah digantung tugas serta dilarang memasuki kawasan sekolah sementara menunggu hasil siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan rasmi berbahasa Cina yang disiar di Facebook sekolah terbabit pada Ahad.

Insiden di Alor Setar itu berlaku selepas pada 9 April lalu, media melaporkan gambar pelajar dan alumni Sekolah Menengah Foon Yew di Kulai, Johor yang telah disunting secara tidak senonoh disebar di beberapa platform dalam talian.

Seorang pelajar perempuan mendakwa di media sosial seorang rakan sekelas lelaki menggunakan teknologi suntingan gambar untuk menghasilkan imej tidak senonoh dirinya dan menjual gambar tersebut dalam satu kumpulan sembang. — The Merdeka Times

Author