Connect with us

Politik

DAP lancar tabung bantu mangsa Putra Heights atas permintaan penyokong

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook
  • DAP lancar tabung dana bantuan untuk mangsa kebakaran Putra Heights secara atas talian bermula 2 April lalu hingga hari ini atas permintaan beberapa individu dan penyokong yang mahu menyumbang.
  • Menurut Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke tabung bantuan itu dibuka atas permintaan ramai yang ingin membantu, namun tidak mempunyai kemampuan sebagaimana boleh dilakukan sebuah syarikat besar, sebaliknya mereka hanya berupaya menghulurkan derma dalam jumlah kecil untuk disalurkan kepada mangsa.
  • “Jadi takkanlah dia datang nak bagi RM5, RM10 seorang. Dia nak kumpulkan dengan kita. Itu sebabnya mereka minta kita buka tabung dan kita memudahkan orang ramai.” — Anthony Loke.
  • Artikel itu dikeluarkan susulan ada pihak mengecam dan membuat fitnah mengenai tabung bantuan dilancar DAP ketika ramai menghulurkan bantuan, di mana setakat 8 April 2025 jam 4 petang, sejumlah RM883,134 telah berjaya dikutip dari individu-individu yang bersolidariti dengan para mangsa.

KUALA LUMPUR — Parti Tindakan Demokratik (DAP) lancar tabung dana bantuan untuk mangsa kebakaran Putra Heights secara atas talian bermula 2 April lalu hingga hari ini atas permintaan beberapa individu dan penyokong yang mahu menyumbang.

Perkara itu dinyatakan DAP menerusi artikel diterbitkan di portal DAP Malaysia hari ini bertajuk, “DAP Lancar Tabung Bantu Mangsa Di Putra Heights, Bukan Tabung Bantu Ahli Parlimen Kalah Saman Fitnah”.

Artikel itu dikeluarkan susulan ada pihak mengecam dan membuat fitnah mengenai tabung bantuan dilancar DAP ketika ramai menghulurkan bantuan, di mana setakat 8 April 2025 jam 4 petang, sejumlah RM883,134 telah berjaya dikutip dari individu-individu yang bersolidariti dengan para mangsa.

Bagi menghadapi kecaman itu, Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook dikatakan telah tampil memberi penjelasan.

Menurut Anthony Loke, tabung bantuan itu dibuka atas permintaan ramai yang ingin membantu, namun tidak mempunyai kemampuan sebagaimana boleh dilakukan sebuah syarikat besar, sebaliknya mereka hanya berupaya menghulurkan derma dalam jumlah kecil untuk disalurkan kepada mangsa.

“Kita membantu sebab pelbagai pihak, seperti yang saya katakan, kerajaan ada tanggungjawab kerajaan untuk bantu. Syarikat swasta ada syarikat swasta nak bantu. Kita juga ada ramai penyokong minta, tanya macam mana dia nak membantu.

“Bukan setiap orang ada keupayaan macam Berjaya (syarikat), dia boleh bagi kepada semua. Ada yang mungkin nak menderma RM50, nak menderma RM100, dia nak menderma macam mana?

“Jadi kalau syarikat-syarikat besar yang mampu, mereka terus bagi kepada mangsa. Tetapi ada orang perseorangan yang mungkin mereka nak berbuat sesuatu, tetapi mereka (nak derma) dalam jumlah yang lebih kecil.

“Jadi takkanlah dia datang nak bagi RM5, RM10 seorang. Dia nak kumpulkan dengan kita. Itu sebabnya mereka minta kita buka tabung dan kita memudahkan orang ramai.

“Jadi bagi orang yang kecam itu, saya dah beritahu mereka ni, dosa besar. Kalau nak kecam orang nak bantu mangsa bencana ni, satu dosa yang besar,” kata Anthony Loke.

Insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 8.10 pagi Selasa minggu lalu dilapor mengakibatkan api menjulang setinggi lebih 30 meter dengan suhu mencecah lebih 1,000 darjah Celsius dan mengambil masa hampir lapan jam untuk dipadamkan sepenuhnya.

Kejadian itu mengakibatkan 81 rumah disahkan musnah sepenuhnya dengan kerosakan struktur melebihi 40 peratus, 81 rumah separa musnah, 57 rumah terkesan tetapi tidak terbakar, manakala 218 rumah tidak terjejas. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *