Connect with us

Terkini

Video raya penyanyi berkemban: Jangan cemari kemuliaan perayaan orang Islam – Mufti Wilayah Persekutuan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah
  • “Jangan dicemari kemuliaan hari raya dalam Islam dengan perkara yang bertentangan falsafah hari raya itu sendiri”.
  • Demikian peringatan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah ketika mengulas klip video lagu raya terbaru penyanyi Mimifly atau Shamimi Amalina Norhisham bertajuk, ‘Serumpun’ memaparkan penyanyi itu seakan berkemban hingga mengundang kritikan netizen Muslim yang berpandangan pakaian itu jelas bertentangan nilai Islam dan budaya Melayu sebenar.
  • Hari raya dalam Islam adalah membesarkan Allah dengan bertakbir dan bertahmid di samping menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.
  • Luqman mengingatkan supaya penyanyi dan pengkarya seni menggunakan kemahiran berkarya dianugerahkan Allah kepada mereka untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan dan bukannya ke arah bertentangan tujuan hari raya itu sendiri.

KUALA LUMPUR — “Jangan dicemari kemuliaan hari raya dalam Islam dengan perkara yang bertentangan falsafah hari raya itu sendiri”.

Demikian peringatan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Prof Madya Dr Luqman Abdullah ketika mengulas klip video lagu raya terbaru penyanyi Mimifly atau Shamimi Amalina Norhisham bertajuk, ‘Serumpun’ memaparkan penyanyi itu seakan berkemban hingga mengundang kritikan netizen Muslim yang berpandangan pakaian itu jelas bertentangan nilai Islam dan budaya Melayu sebenar.

Luqman menegaskan lagi bahawa hari raya dalam Islam adalah membesarkan Allah dengan bertakbir dan bertahmid di samping menzahirkan kesyukuran kepada Allah SWT.

Justeru, beliau mengingatkan supaya penyanyi dan pengkarya seni menggunakan kemahiran berkarya dianugerahkan Allah kepada mereka untuk mengajak orang ramai ke arah kebaikan dan bukannya ke arah bertentangan tujuan hari raya itu sendiri.

“Nilai-nilai yang ingin disemai dalam hari raya dalam Islam ialah membesarkan Allah, bersuka ria dalam lingkup dibenarkan syarak, menzahirkan kesyukuran dan menyambung silaturrahim.

“Ini semua adalah satu pakej lengkap dalam hari raya dan tidak terpisah dengan hukum hakam syarak,” katanya kepada The Merdeka Times (TMT) di sini hari ini.

TMT hari ini melaporkan klip video lagu raya terbaru penyanyi Mimifly memaparkan penyanyi itu seakan berkemban dikritik netizen Muslim yang turut meminta ia diharamkan.

Tinjauan di Thread mendapati netizen menegaskan bahawa alasan pertama kita mempunyai perayaan Aidilfitri adalah kerana agama Islam, justeru pakaian digunakan perlu mencerminkan Islam iaitu lengkap menutup aurat, tambahan lagi hari raya adalah hari kemenangan buat umat Islam melawan hawa nafsu.

Ada netizen tidak menafikan lagu raya diketengahkan Mimifly sememangnya sedap didengari, namun pakaian digunakan umpama kembali ke zaman jahiliah malah tarian memaparkan banyak tangan juga seakan di’import’ daripada agama lain. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *