Connect with us

Antarabangsa

Langgar perlembagaan, Hakim sekat perintah eksekutif Trump nafi hak kerakyatan bayi baru lahir

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump
  • Hakim putuskan perintah eksekutif Trump menafikan kerakyatan bayi baru lahir “tidak berperlembagaan.”
  • Mahkamah keluarkan perintah sekatan sementara untuk menghalang tindakan Trump itu.
  • Kanak-kanak yang dinafikan kewarganegaraan di bawah arahan Trump akan menghadapi “kesan negatif jangka panjang yang besar.”
  • Trump kata Rumah Putih akan mencabar keputusan mahkamah itu.

Seorang hakim persekutuan menyifatkan perintah eksekutif Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump untuk menghentikan pemberian kewarganegaraan berdasarkan kelahiran adalah “secara jelas tidak berperlembagaan”.

Hakim John Coughenour turut mengeluarkan perintah penangguhan sementara untuk menyekat pelaksanaannya.

Hakim yang dilantik oleh Ronald Reagan dan berkhidmat di Seattle itu meluluskan permohonan Peguam Negara Washington, Nick Brown, dan tiga negeri lain yang dipimpin oleh Demokrat untuk perintah kecemasan yang menghentikan pelaksanaan polisi tersebut selama 14 hari bagi memberi ruang taklimat perundangan diadakan.

“Saya sudah berada di bangku hakim lebih dari empat dekad. Saya tidak ingat kes lain di mana soalan yang dikemukakan begitu jelas,” kata Coughenour.

“Di mana peguam-peguam itu,” tanya hakim itu, sambil berkata bahawa keputusan untuk menandatangani perintah eksekutif tersebut membingungkan fikirannya.

Beliau turut merasakan perkara tersebut sukar diterima akal seorang ahli bar yang menganggap perintah itu berperlembagaan.

Negeri-negeri yang dipimpin oleh Demokrat  meminta perintah penangguhan sementara, kerana mereka berpendapat bahawa perintah eksekutif Trump adalah pelanggaran yang jelas terhadap Pindaan Ke-14 Perlembagaan, yang menjamin kewarganegaraan kepada semua anak yang dilahirkan di tanah AS dan tunduk kepada bidang kuasa tersebut.

Untuk rekod, sesiapa yang dilahirkan di Amerika Syarikat dianggap sebagai warganegara sejak kelahiran, yang berasal daripada Klausa Kewarganegaraan dalam Pindaan Ke-14, yang ditambah kepada Perlembagaan pada tahun 1868.

Pindaan tersebut menyatakan, semua bayi yang dilahirkan atau dinaturalisasi di Amerika Syarikat dan tunduk kepada bidang kuasa tersebut, adalah warganegara Amerika Syarikat dan negeri tempat mereka tinggal.

Pentadbiran Trump bagaimanapun berpendapat bahawa klausa tunduk kepada bidang kuasa tersebut membolehkan presiden mengecualikan anak-anak pendatang tanpa izin dan juga anak-anak yang ibu bapa mereka berada secara sah di negara itu tetapi tidak mempunyai status undang-undang tetap.

Semalam di Rumah Putih, Presiden Donald Trump memberitahu pemberita bahawa pentadbirannya akan mencabar keputusan hakim tersebut.– The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *