Connect with us

Antarabangsa

Kes tembak : Penunjuk perasaan Indonesia baling telur di Kedutaan Malaysia di Jakarta

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Menurut laporan berita Kompas, penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis kedutaan itu dengan sebahagian daripada mereka memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan semasa kejadian di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu di Selangor.
  • Menurut polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.
  • Kementerian Luar Indonesia bagaimanapun berkata dua daripada lelaki itu telah menafikan versi pihak berkuasa Malaysia dan mendakwa bahawa tiada penentangan menggunakan senjata tajam.

JAKARTA – Kira-kira 100 penunjuk perasaan warga Indonesia membaling telur di Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta semalam ekoron memprotes kejadian tembak pada 24 Januari lalu yang melibatkan lima warga Indonesia di Selangor, yang menyaksikan seorang daripada mereka terbunuh.

Menurut laporan berita Kompas, penunjuk perasaan berkumpul di hadapan premis kedutaan itu dengan sebahagian daripada mereka memegang sepanduk menggesa pihak berkuasa menangkap dan mendakwa pegawai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) yang melepaskan tembakan semasa kejadian di perairan Malaysia berhampiran Pantai Tanjung Rhu di Selangor.

Kompas.com melaporkan bahawa penunjuk perasaan kemudian membaling telur di premis kedutaan, yang mengenai lambang negara Malaysia dan pintu depan kedutaan.

Protes itu diadakan sehari selepas mayat lelaki yang terbunuh dalam kejadian tembakan itu dibawa pulang dan dikebumikan di kampung halamannya di Riau. Dia dikenal pasti sebagai pekerja asing berusia 50 tahun.

Kejadian pukul 3 pagi itu berlaku apabila lelaki terbabit didakwa menggunakan bot untuk merempuh bot peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sebelum cuba menyerang anggota penguat kuasa menggunakan parang.

Menurut polis, pegawai APMM terpaksa melepaskan tembakan untuk mempertahankan diri.

Kementerian Luar Indonesia bagaimanapun berkata dua daripada lelaki itu telah menafikan versi pihak berkuasa Malaysia dan mendakwa bahawa tiada penentangan menggunakan senjata tajam.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata dua daripada empat PATI yang menerima rawatan dibenarkan keluar dan kini ditahan pihak polis untuk siasatan.

Katanya, setakat ini dua lagi mangsa yang cedera masing-masing dirawat di hospital di Serdang dan Klang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan, Seksyen 186 Kanun Keseksaan serta Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960. -The Merdeka Times

Author