Antarabangsa
Cadangan Trump untuk ‘kosongkan’ Gaza ditolak sekutu dan dikecam sebagai pembersihan etnik

- Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, supaya sebilangan besar rakyat Palestin meninggalkan Gaza untuk “mengosongkan” seluruh wilayah itu, telah ditolak oleh sekutu-sekutu Amerika Syarikat (AS) dan dikutuk sebagai satu rancangan yang berbahaya, haram dan tidak dapat dilaksana oleh peguam dan aktivis.
- Jelas Trump, negara yang terlibat termasuk Jordan, yang kini menampung lebih daripada 2.7 juta pelarian Palestin dan Mesir.
- “Saya lebih suka berunding dengan beberapa negara Arab dan membina perumahan di lokasi yang berbeza di mana mereka mungkin boleh hidup dengan aman untuk seketika,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One.
WASHINGTON — Cadangan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, supaya sebilangan besar rakyat Palestin meninggalkan Gaza untuk “mengosongkan” seluruh wilayah itu, telah ditolak oleh sekutu-sekutu Amerika Syarikat (AS) dan dikutuk sebagai satu rancangan yang berbahaya, haram dan tidak dapat dilaksana oleh peguam dan aktivis.
Presiden AS itu berkata beliau mahu ratusan ribu orang Palestin berpindah ke negara jiran, sama ada sementara atau mungkin untuk jangka panjang.
Jelas Trump, negara yang terlibat termasuk Jordan, yang kini menampung lebih daripada 2.7 juta pelarian Palestin dan Mesir.
“Saya lebih suka berunding dengan beberapa negara Arab dan membina perumahan di lokasi yang berbeza di mana mereka mungkin boleh hidup dengan aman untuk seketika,” kata Trump kepada wartawan di dalam pesawat Air Force One.
Sebelum perang, jumlah penduduk Gaza adalah 2.3 juta orang. Jordan dan Mesir sebelum ini dengan jelas menyatakan bahawa mereka tidak akan menerima pelarian dari Gaza.
Semalam, Menteri Luar Jordan, Ayman Safadi, berkata penolakan negara itu terhadap pemindahan penduduk Palestin adalah tegas dan tidak akan pernah berubah.
Di dalam Gaza, hampir tiada tanda bahawa rakyat yang telah menanggung lebih daripada 15 bulan pertempuran ingin meninggalkan kawasan itu secara kekal.
Pemindahan paksa penduduk adalah satu jenayah perang. -The Merdeka Times
