Connect with us

Politik

Tular video mahu jadikan Malaysia negara Kristian, Hannah buat laporan polis

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh
  • Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.
  • “Laporan polis akan dibuat terhadap video-video/mesej-mesej berniat jahat yang mampu menjejaskan rayuan saya.
  • “Sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politik saya, kepercayaan saya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau-pelampau agama di luar sana,” kata Hannah.

KUALA LUMPUR – Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh akan membuat laporan polis berhubung penyebaran video dan mesej yang memberi gambaran kononnya beliau berhasrat untuk memurtadkan orang Muslim atau menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian.

Menyifatkan dakwaan itu tidak benar, Hannah berkata, penyebaran video dan mesej berniat jahat tersebut turut menjejaskan rayuannya berhubung kes saman fitnah terhadap bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

“Laporan polis akan dibuat terhadap video-video/mesej-mesej berniat jahat yang mampu menjejaskan rayuan saya.

“Sepertimana yang telah berlaku berkali-kali dalam kerjaya politik saya, kepercayaan saya sekali lagi dijadikan senjata politik oleh pelampau-pelampau agama di luar sana,” kata Hannah.

Beliau yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP berkata dirinya sentiasa menghormati dan mendukung Perlembagaan Persekutuan serta kedudukan Islam sebagai agama persekutuan.

“Terdapat sekatan undang-undang yang jelas terhadap penyebaran agama selain Islam kepada umat Islam di Malaysia. Saya telah mengangkat Sumpah Jawatan saya serta bersumpah untuk mempertahankan Perlembagaan Persekutuan. Ianya adalah Sumpah yang saya ambil dengan serius dan akan saya patuhi pada setiap masa,” jelasnya.

Hannah sebelum ini gagal dalam saman fitnah terhadap Musa selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak tindakan sivil itu dengan kos RM40,000.

Ia berhubung kenyataan Musa pada forum di Universiti Teknologi MARA empat tahun lalu yang didakwa mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai beliau dan dibuat dengan niat jahat serta mencemarkan nama baiknya.

Mengulas mengenai keputusan mahkamah tersebut, Hannah berkata, peguamnya sudah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan semalam dan memohon rayuan itu didengar dengan kadar segera.

“Saya menghormati proses kehakiman, namun sudah pasti saya kecewa dengan keputusan tersebut. Peguamcara saya telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Rayuan pada 26 Disember 2024.

“Saya dinasihatkan oleh peguamcara saya bahawa belum ada alasan penghakiman bertulis penuh yang dikemukakan oleh Mahkamah Tinggi. Setakat ini, hanya terdapat alasan ringkas yang disenaraikan secara bertulis melalui sistem e-review mahkamah pada 23 Disember 2024.

“Oleh itu, adalah tidak wajar pada peringkat ini untuk membuat apa-apa kesimpulan tentang apa yang telah diputuskan oleh Mahkamah Tinggi secara keseluruhannya berserta alasan-alasannya,” tambahnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *