Terkini
TikTok label China Press “media di bawah kawalan kerajaan China”
- Sebuah portal berita tempatan berbahasa Cina, China Press dilabel oleh TikTok sebagai China state-controlled media atau media di bawah kawalan kerajaan China, kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
- Firdaus berkata ia ‘satu penghormatan’ kepada portal berita itu yang dimiliki Media Chinese International Limited.
- Media Chinese International Limited turut memiliki media berbahasa Cina lain seperti Sin Chew Daily, Ming Pao Daily News, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily dan media Mandarin lain.
- “… Persoalannya, mengapakah sebuah media Berbahasa Cina tempatan yang beroperasi di Malaysia dilabel sebagai China state-controlled media?
- “Bagaimana semua ini mempengaruhi cara berfikir masyarakat Cina di Malaysia khususnya pembentukan identiti keCinaan/keChinaan seseorang?,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.
KUALA LUMPUR — Sebuah portal berita tempatan berbahasa Cina, China Press dilabel oleh TikTok sebagai China state-controlled media atau media di bawah kawalan kerajaan China, kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
Firdaus Wong berkata ia ‘satu penghormatan’ kepada portal berita itu yang dimiliki Media Chinese International Limited.
Katanya, Media Chinese International Limited turut memiliki media berbahasa Cina lain seperti Sin Chew Daily, Ming Pao Daily News, Nanyang Siang Pau, Guang Ming Daily dan media Mandarin lain.
“Tahukah anda TikTok telah melabel China Press sebagai China state-controlled media (media bawah kawalan kerajaan China)?
“… Persoalannya, mengapakah sebuah media Berbahasa Cina tempatan yang beroperasi di Malaysia dilabel sebagai China state-controlled media?
“Bagaimana semua ini mempengaruhi cara berfikir masyarakat Cina di Malaysia khususnya pembentukan identiti keCinaan/keChinaan seseorang?,” katanya menerusi hantaran di Facebook di sini hari ini.
Menerusi hantaran itu, Firdaus Wong turut berkongsikan beberapa tangkap layar, termasuk gambar akaun TikTok China Press yang dinyatakan China state-controlled media.
Firdaus Wong berkata persoalan itu akan dikupas secara tuntas berdasarkan fakta hasil kajian di dalam buku terbarunya bertajuk, “Cina ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’?”. — The Merdeka Times
Bagi mereka yang ingin menyingkap mitos di sebalik sikap “kiasu”, “kiasi” dan cara fikir masyarakat Cina dengan memahami sejarah serta falsafah agama Cina boleh mendapatkan buku terbaru ‘Kiasu’ Atau ‘Kiasi’? di https://tinyurl.com/BukuCina.