Connect with us

Antarabangsa

Taliban hukum mati pembunuh secara terbuka di Afghanistan

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gardez, ibu kota wilayah Paktia
  • Pihak berkuasa Taliban di Paktia, timur Afghanistan secara terbuka menghukum mati banduan sabit kesalahan membunuh pada Rabu (13 November 2024), memetik konsep Islam tentang keadilan pembalasan atau Qisas.
  • Hukuman awal pagi, yang segera dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, dilakukan di sebuah stadium di Gardez, ibu kota wilayah Paktia, demikian umum Mahkamah Agung Emiriah Islam Afghanistan (IEA) di platform media sosial X dipetik VOA.
  • Banduan dihukum mati yang dikenali sebagai Mohammad Ayaz Asad dilaporkan telah menembak mati seorang anggota pasukan keselamatan Taliban.
  • “Kes itu telah diperiksa dan diteliti dengan teliti oleh mahkamah tentera tiga peringkat Emiriah Islam dalam pelbagai proses (iteration) sebelum perintah pembalasan (Qisas) dikeluarkan dan diluluskan,” kata kenyataan itu.

Pihak berkuasa Taliban di Paktia, timur Afghanistan secara terbuka menghukum mati banduan sabit kesalahan membunuh pada Rabu (13 November 2024), memetik konsep Islam tentang keadilan pembalasan atau Qisas.

Hukuman awal pagi, yang segera dikecam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu, dilakukan di sebuah stadium di Gardez, ibu kota wilayah Paktia, demikian umum Mahkamah Agung Emiriah Islam Afghanistan (IEA) di platform media sosial X dipetik VOA.

Pelaksanaan hukuman mati itu disaksikan orang awam dan pegawai kanan awam, kehakiman dan tentera, termasuk Menteri Dalam Negeri Taliban, Sirajuddin Haqqani, kata kerajaan wilayah itu.

Pihak berkuasa dilaporkan melarang orang awam yang melihat pelaksanaan hukuman mati itu daripada membawa kamera atau peranti mudah alih.

Banduan dihukum mati yang dikenali sebagai Mohammad Ayaz Asad dilaporkan telah menembak mati seorang anggota pasukan keselamatan Taliban.

Mahkamah Tertinggi Taliban tidak memberikan butiran khusus mengenai pelaksanaan hukuman mati itu, tetapi saksi melaporkan tembakan telah digunakan. 

“Kes itu telah diperiksa dan diteliti dengan teliti oleh mahkamah tentera tiga peringkat Emiriah Islam dalam pelbagai proses (iteration) sebelum perintah pembalasan (Qisas) dikeluarkan dan diluluskan,” kata kenyataan itu.

Ini adalah hukuman mati awam keenam terhadap banduan sabit pembunuhan di Afghanistan sejak Taliban kembali berkuasa pada Ogos 2021. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *