Connect with us

Terkini

Perlembagaan NAFAS digantung berkuat kuasa hari ini

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amin Matamin
  • Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini.
  • Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amin Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).
  • Amin berkata ketidakharmonian NAFAS berlaku apabila pihak Jemaah Pengarah membelakangi keputusan-keputusan pendaftar dengan bertindak sendiri mengeluarkan kenyataan-kenyataan media sebelum merujuk kepada pendaftar.

 

KUALA LUMPUR : Perlembagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) digantung berkuat kuasa hari ini.

Arahan penggantungan itu dikeluarkan Ketua Pengarah Pertubuhan Peladang, Amin Matamin selaku Pendaftar Pertubuhan Peladang di bawah Seksyen 20(1) Akta Pertubuhan Peladang 1973 (Akta 109).

Katanya, dalam tempoh penggantungan itu, jemaah pengarah dan pihak pengurusan NAFAS tidak mempunyai kuasa seperti diperuntukkan dalam Perlembagaan pertubuhan itu.

“Semasa tempoh penggantungan, Nafas akan diuruskan dan ditadbir oleh Pentadbir yang akan dilantik untuk menguruskan hal ehwal NAFAS,” kata Amin pada sidang media khas yang diadakan di ibu negara.

Amir yang juga bertindak sebagai Pendaftar berkata, NAFAS mempunyai hak untuk merayu kepada Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan dalam tempoh 30 hari dari tarikh perintah itu, selaras dengan Seksyen 21, Akta 109.

“Oleh itu, NAFAS masih terus beroperasi seperti biasa dengan kakitangan dan pegawai sedia ada. Pentadbir akan melaksanakan tatakelola yang baik dalam proses pemulihan semula selaras dengan objektif untuk kepentingan peladang,” katanya.

Amin berkata ketidakharmonian NAFAS berlaku apabila pihak Jemaah Pengarah membelakangi keputusan-keputusan pendaftar dengan bertindak sendiri mengeluarkan kenyataan-kenyataan media sebelum merujuk kepada pendaftar.

Katanya, sekiranya ada kenyataan yang memudaratkan Pertubuhan Peladang dalam tempoh penggantungan, maka tindakan tatatertib akan diambil.

“Tindakan yang akan diambil termasuklah mengosongkan jawatan.

“Dalam tempoh penggantungan, Ahli Jemaah Pengarah tidak dipecat, mereka hanya digantung sementara sahaja. Dalam tempoh ini mereka perlu bertenang dan menyerahkan kuasa kepada pendaftar untuk mentadbir,” katanya.

Pada Februari lalu, NAFAS dikenakan perintah moratorium selama sembilan bulan oleh Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu bagi tujuan untuk memperbaiki tatakelola dan tadbir urus pertubuhan itu.

Perintah khas tersebut dibuat selaras dengan Seksyen 27(2) AktaPertubuhan Peladang 1973 (Akta 109) dan berakhir semalam. -The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *