Antarabangsa
(VIDEO) Lapan maut dalam insiden tembakan di Tel Aviv
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan pada Selasa di kawasan kejiranan Jaffa di Tel Aviv, menurut laporan media.
Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam insiden tembakan pada Selasa di kawasan kejiranan Jaffa di Tel Aviv, menurut laporan media.
Magen David Adom (Perkhidmatan Kecemasan Kebangsaan) Israel mengesahkan lapan individu terbunuh dalam serangan berlaku di Jaffa, lapor The Times of Israel.
Polis berkata dua individu melaksanakan serangan itu telah “dineutralkan”, menurut saluran berita itu dipetik Newsweek.
Jewish Telegraphic Agency melaporkan dua lelaki bersenjata itu melancarkan serangan pada petang Selasa selepas menaiki kereta api ringan di Tel Aviv.
Video insiden dilihat Jewish Telegraphic Agency menunjukkan kedua-dua penyerang turun dari kereta api dan melepaskan tembakan ke arah individu sekeliling.
Newsweek bagaimanapun tidak dapat mengesahkan maklumat itu.
Serangan petang Selasa itu berlaku di tengah-tengah ketegangan meningkat di Timur Tengah ketika Israel masih berperang dengan Hamas di Gaza selain berdepan serangan Iran pada hari sama selepas rejim zionis itu menyerang Lubnan. — The Merdeka Times
View this post on Instagram