Connect with us

Antarabangsa

UK lakukan 100 penerbangan pengintipan ke Gaza untuk bantu Israel — Siasatan

Kerajaan Parti Buruh mengarahkan 100 penerbangan pengintipan ke Gaza untuk membantu pasukan perisikan Israel, demikian menurut siasatan didedahkan Declassified UK pada 3 Oktober lalu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer.
  • Kerajaan Parti Buruh mengarahkan 100 penerbangan pengintipan ke Gaza untuk membantu pasukan perisikan Israel, demikian menurut siasatan didedahkan Declassified UK pada 3 Oktober lalu.
  • Penerbangan pengumpulan risikan itu bermula sejak bulan Disember di bawah kerajaan sebelum ini.
  • Sebelas penerbangan dilakukan pada minggu pertama pemerintahan Parti Buruh dan dalam sebulan pertama Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer menggalas jawatannya pada Ogos lalu, Tentera Udara Diraja (RAF) melaksanakan 42 penerbangan di atas Gaza.
  • Declassified UK dipetik The Morning Star mendapati penerbangan terlibat berlepas dari pangkalan udara Britain di Cyprus.
  • Declassified UK berkata penerbangan itu mungkin mengumpulkan sehingga 500 jam rakaman di Gaza walaupun arah tujuan alat risikan British itu dan kandungannya tidak dijelaskan.

Kerajaan Parti Buruh mengarahkan 100 penerbangan pengintipan ke Gaza untuk membantu pasukan perisikan Israel, demikian menurut siasatan didedahkan Declassified UK pada 3 Oktober lalu.

Penerbangan pengumpulan risikan itu bermula sejak bulan Disember di bawah kerajaan sebelum ini.

Sebelas penerbangan dilakukan pada minggu pertama pemerintahan Parti Buruh dan dalam sebulan pertama Perdana Menteri Britain, Sir Keir Starmer menggalas jawatannya pada Ogos lalu, Tentera Udara Diraja (RAF) melaksanakan 42 penerbangan di atas Gaza.

Declassified UK dipetik The Morning Star mendapati penerbangan terlibat berlepas dari pangkalan udara Britain di Cyprus.

Declassified UK berkata penerbangan itu mungkin mengumpulkan sehingga 500 jam rakaman di Gaza walaupun arah tujuan alat risikan British itu dan kandungannya tidak dijelaskan.

Ahli Parlimen Liberal Demokrat Mike Martin, yang juga bekas pegawai tentera British yang pernah bertugas di Afghanistan, pada awal Oktober bertanya kepada tentera sama ada “risikan UK disalurkan kepada Israel untuk tujuan pengeboman sasaran tentera”.

Menteri Angkatan Bersenjata Parti Buruh, Luke Pollard menjawab penerbangan pengawasan itu “diberi tugasan semata-mata untuk menyokong usaha menyelamatkan tebusan”.

Sokongan risikan Britain kepada rejim Israel dilaporkan tidak terhad kepada misi udara sahaja. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *