Antarabangsa
Tiga juta kanak-kanak UK miskin, kelaparan – Kajian
Seramai 9.3 juta orang, termasuk tiga juta kanak-kanak, berdepan kelaparan dan kesusahan di seluruh United Kingdom (UK), menurut kajian sebuah badan kebajikan terkenal dipetik Daily Sabah pada Rabu.
- Seramai 9.3 juta orang, termasuk tiga juta kanak-kanak, berdepan kelaparan dan kesusahan di seluruh United Kingdom (UK), menurut kajian sebuah badan kebajikan terkenal dipetik Daily Sabah pada Rabu.
- Kerajaan baharu pimpinan Parti Buruh dikatakan di bawah tekanan untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi menangani kemiskinan kanak-kanak.
- Menurut laporan badan bukan kerajaan (NGO) Trussell Trust, hampir suku daripada kanak-kanak di bawah umur empat tahun berdepan kemiskinan tegar.
- “Mengejutkan, lebih 46 peratus kanak-kanak kini berdepan kelaparan dan kesusahan berbanding dua dekad lalu. Ini bersamaan dengan seorang daripada lima kanak-kanak membesar terperangkap dalam situasi itu,” kata Trussell Trust dalam satu kenyataan.
- Trussell Trust berkata tanpa “tindakan segera” kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer, jumlah mereka berdepan kelaparan dan kesusahan yang ditakrifkan hidup 25 peratus di bawah paras kemiskinan akan terus meningkat.
Seramai 9.3 juta orang, termasuk tiga juta kanak-kanak, berdepan kelaparan dan kesusahan di seluruh United Kingdom (UK), menurut kajian sebuah badan kebajikan terkenal dipetik Daily Sabah pada Rabu.
Kerajaan baharu pimpinan Parti Buruh dikatakan di bawah tekanan untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi menangani kemiskinan kanak-kanak.
Penemuan itu muncul sebelum pembentangan belanjawan pertama kerajaan akhir bulan ini dan di tengah-tengah krisis kos sara hidup yang menyebabkan peningkatan penggunaan bank makanan.
Menurut laporan badan bukan kerajaan (NGO) Trussell Trust, hampir suku daripada kanak-kanak di bawah umur empat tahun berdepan kemiskinan tegar.
“Mengejutkan, lebih 46 peratus kanak-kanak kini berdepan kelaparan dan kesusahan berbanding dua dekad lalu. Ini bersamaan dengan seorang daripada lima kanak-kanak membesar terperangkap dalam situasi itu,” kata Trussell Trust dalam satu kenyataan.
Laporan UNICEF tahun lalu mendapati UK – sebuah negara G-7 dan anggota NATO dengan ekonomi keenam terbesar di dunia – mempunyai kadar kemiskinan kanak-kanak tertinggi dalam kalangan negara-negara kaya.
Trussell Trust berkata tanpa “tindakan segera” kerajaan pimpinan Perdana Menteri Keir Starmer, jumlah mereka berdepan kelaparan dan kesusahan yang ditakrifkan hidup 25 peratus di bawah paras kemiskinan akan terus meningkat. — The Merdeka Times