Antarabangsa
Netflix alih keluar filem Palestin
- Platform penstriman filem popular, Netflix, mengalih keluar hampir kesemua 32 filem daripada bahagian “Kisah Palestin” yang ditawarkannya sebelum ini, sekaligus mencetuskan tindak balas daripada penyokong hak asasi dan pengguna media sosial.
- Setakat 13-14 Oktober lalu, hanya dua filem berkenaan yang masih tersedia di platform penstriman itu.
- Netflix pernah menawarkan bahagian berasingan filem mengenai Palestin, menampilkan lebih 30 filem tentang keluarga, daya tahan dan kehidupan di bawah pendudukan rejim zionis Israel di platform penstrimannya.
- Terdapat dakwaan filem berkaitan Palestin dikeluarkan di bawah tekanan kumpulan pelobi zionis di tengah-tengah perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Platform penstriman filem popular, Netflix, mengalih keluar hampir kesemua 32 filem daripada bahagian “Kisah Palestin” yang ditawarkannya sebelum ini, sekaligus mencetuskan tindak balas daripada penyokong hak asasi dan pengguna media sosial.
Setakat 13-14 Oktober lalu, hanya dua filem berkenaan yang masih tersedia di platform penstriman itu.
Netflix pernah menawarkan bahagian berasingan filem mengenai Palestin, menampilkan lebih 30 filem tentang keluarga, daya tahan dan kehidupan di bawah pendudukan rejim zionis Israel di platform penstrimannya.
Terdapat dakwaan filem berkaitan Palestin dikeluarkan di bawah tekanan kumpulan pelobi zionis di tengah-tengah perang genosid Israel ke atas rakyat Palestin di Gaza.
Aktivis dilaporkan melancarkan petisyen menggesa Netflix mengembalikan semula koleksi filem itu, mempersoalkan punca dan motif di sebalik penyingkiran secara tiba-tiba itu.
“Bagaimanakah Netflix mewajarkan penyingkiran begitu banyak filem oleh atau tentang rakyat Palestin, salah satu komuniti paling terpinggir dari segi politik di dunia, terutamanya ketika rakyat Palestin berdepan pembunuhan beramai-ramai di Gaza?”, kata kumpulan hak asasi Freedom Forward dipetik TRT World.
Aktivis mendakwa pelobi zionis dan organisasi advokasi pro-Israel berada di sebalik tindakan kontroversi itu.
Pelobi zionis dilaporkan telah melancarkan kempen menentang koleksi filem Palestin pada Oktober 2021 apabila Netflix menambah filem-filem itu di platform penstrimannya. – The Merdeka Times