Connect with us

Antarabangsa

Syarikat penerbangan gantung penerbangan ke Israel

Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.
  • Syarikat penerbangan Lufthansa yang berpangkalan di Jerman pada Rabu memutuskan untuk menangguhkan semua penerbangan sambungan ke dan dari Tel Aviv. Ia juga menggantung penerbangannya di Tehran.
  • Keputusan itu akan menjejaskan firma penerbangan lain di bawah Kumpulan Lufthansa iaitu Eurowings, Swiss, Austrian Airlines dan Brussels Airlines.
  • Satu lagi syarikat penerbangan, Air France turut menggantung penerbangan Tel Avivnya, menurut akhbar Haaretz dipetik agensi berita Anadolu.
  • Pada Selasa, sembilan individu maut dan ratusan cedera di Beirut dan beberapa kawasan di Lubnan dalam insiden letupan peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) dipercayai didalangi Israel.

Syarikat penerbangan pada Rabu membatalkan penerbangan ke Israel kerana keadaan keselamatan di rantau itu.

Syarikat penerbangan Lufthansa yang berpangkalan di Jerman pada Rabu memutuskan untuk menangguhkan semua penerbangan sambungan ke dan dari Tel Aviv.

Ia juga menggantung penerbangannya di Tehran.

Keputusan itu akan menjejaskan firma penerbangan lain di bawah Kumpulan Lufthansa iaitu Eurowings, Swiss, Austrian Airlines dan Brussels Airlines.

Satu lagi syarikat penerbangan, Air France turut menggantung penerbangan Tel Avivnya, menurut akhbar Haaretz dipetik agensi berita Anadolu.

Sebelum ini, American Airlines telah membatalkan penerbangannya ke dan dari Israel sehingga April 2025.

Pada Selasa, sembilan individu maut dan ratusan cedera di Beirut dan beberapa kawasan di Lubnan selepas dalam insiden letupan peranti komunikasi tanpa wayar (alat kelui) dipercayai didalangi Israel.

Jurucakap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Stephane Dujarric dilaporkan berkata insiden letupan alat kelui yang mematikan di seluruh Lubnan itu adalah “sangat membimbangkan”. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *