Antarabangsa
Israel hantar 88 mayat reput tanpa nama ke Gaza
Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.
- Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.
- Proses penerimaan kontena itu digantung sehingga Israel menyediakan data lengkap nama-nama mangsa, waktu kematian dan lokasi di mana mereka diambil, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram pada Rabu dipetik Al Jazeera.
- Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan penghantaran mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu sebagai “tindakan tidak berperikemanusiaan dan jenayah”.
- Dalam laporan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, wartawan Al Jazeera Tareq Abu Azzoum berkata, “mayat-mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana kebanyakannya reput”.
- “Tiada maklumat tentang nama, jantina dan lokasi di mana mereka telah diculik. Keadaan (bagaimana) mereka diculik dari jalur Gaza juga tidak jelas,” kata Tareq.
Kementerian Kesihatan Gaza menolak untuk menerima sebuah kontena yang membawa mayat 88 rakyat Palestin dihantar dari Israel tanpa adanya koordinasi atau maklumat diberikan terlebih dahulu mengenai identiti mereka.
Proses penerimaan kontena itu digantung sehingga Israel menyediakan data lengkap nama-nama mangsa, waktu kematian dan lokasi di mana mereka diambil, kata kementerian itu dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram pada Rabu dipetik Al Jazeera.
Ini adalah “hak minimum bagi orang-orang ini dan keluarga mereka,” kata kenyataan itu.
Pejabat Media Kerajaan Gaza dalam satu kenyataan berasingan menyifatkan penghantaran mayat yang tidak dapat dikenal pasti itu sebagai “tindakan tidak berperikemanusiaan dan jenayah”.
Dalam laporan dari Deir el-Balah di tengah Gaza, wartawan Al Jazeera Tareq Abu Azzoum berkata, “mayat-mayat itu tidak dapat dikenal pasti kerana kebanyakannya telah reput”.
“Ada tanda-tanda bahawa mayat-mayat itu berada di Israel untuk tempoh yang lama.
“Kementerian Kesihatan Palestin mengatakan bahawa tentera Israel dengan sengaja menyembunyikan identiti rakyat Palestin ini.
“Tiada maklumat tentang nama, jantina dan lokasi di mana mereka telah diculik. Keadaan (bagaimana) mereka diculik dari jalur Gaza juga tidak jelas,” kata Tareq. – The Merdeka Times
Antarabangsa
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
- Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
- “Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
- Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
- Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Menteri Luar Russia, Sergei Lavrov pada Jumaat menyeru Barat menarik balik sekatan terhadap Afghanistan yang diperintah Taliban dan mengambil “tanggungjawab” dalam usaha pembinaan semula negara itu.
Lavrov bagaimanapun tidak menyatakan sama ada Moscow akan menarik balik klasifikasi “organisasi pengganas” yang ditetapkannya ke atas Taliban.
“Kami mendesak negara-negara Barat mengakui tanggungjawab mereka dalam pembinaan semula Afghanistan pasca-konflik, menarik balik sekatan dan memulangkan aset Kabul yang dirampas,” kata Lavrov dipetik AFP dalam laporan The Moscow Times hari ini.
Lavrov berkata demikian di pembukaan forum diplomatik tahunan mengenai Afghanistan, diketuai Russia, melibatkan utusan dari Taliban dan negara-negara jiran di Timur Tengah dan Asia Tengah.
Moscow mengembangkan hubungan dengan Taliban sejak kumpulan itu kembali berkuasa di Afghanistan pada 2021 setelah pengunduran Amerika Syarikat dari negara dilanda peperangan itu.
Taliban berada di bawah sekatan Barat selama lebih dua dekad dan pada awalnya dikenakan sekatan pembiayaan kepada al-Qaeda dan kumpulan lain yang dilabelkan sebagai “pengganas”.
Beberapa pegawai Russia menyeru Moscow mengeluarkan Taliban dari senarai “organisasi pengganas dan ekstremis” bagi meningkatkan kerjasama lebih lanjut.
Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi dilaporkan berada di Moscow untuk perbincangan itu.
Lavrov juga dilaporkan berkata Russia tidak akan menerima “negara ketiga” menempatkan pangkalan tentera di Afghanistan atau menubuhkan kemudahan tentera baru di negara-negara jirannya “atas apa jua alasan”.
Russia mempunyai pangkalan tentera besar di Tajikistan yang bersempadan dengan Afghanistan. — The Merdeka Times
-
Antarabangsa3 days ago
Arab Saudi, Qatar, UAE, Bahrain dan Kuwait tidak benar AS guna pangkalan udara serang Iran
-
Terkini3 days ago
(VIDEO) Saham MAHB: BlackRock sah miliki GIP – ARMADA BERSATU
-
Antarabangsa3 days ago
(VIDEO) Profesor Iran ‘sekolahkan’ wartawan Sky News
-
Antarabangsa2 days ago
Hentikan sekatan ke atas Afghanistan – Menteri Luar Russia