Connect with us

Terkini

Bekas pembangun Angry Bird berhasrat pacu sektor hiburan dan pendidikan Malaysia

Bekas pembangun francais permainan dalam talian Angry Birds, Peter Vesterbacka melihat adanya potensi dalam industri pendidikan dan hiburan di Malaysia.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Bekas pembangun francais permainan dalam talian Angry Birds, Peter Vesterbacka.
  • Bekas pembangun francais permainan dalam talian Angry Birds, Peter Vesterbacka melihat adanya potensi dalam industri pendidikan dan hiburan di Malaysia.
  • Usahawan Finland itu berkata terdapat ruang bagi keusahawanan pemula niaga berkembang di Malaysia dan beliau bersedia untuk memanfaatkan pelbagai kemungkinan.
  • “Cabang pembangunan pendidikan FinEst Bay Area, yang dikenali sebagai Finest Future, yang saya terajui sebagai pengasas bersama, berminat untuk memperkenalkan pendidikan Finland di Malaysia, bermula dari peringkat sekolah menengah sehingga universiti, untuk membangunkan bakat serta keusahawanan,” Vesterbacka memberitahu Bernama baru-baru ini.

KUALA LUMPUR — Bekas pembangun francais permainan dalam talian Angry Birds, Peter Vesterbacka melihat adanya potensi dalam industri pendidikan dan hiburan di Malaysia.

Usahawan Finland itu berkata terdapat ruang bagi keusahawanan pemula niaga berkembang di Malaysia dan beliau bersedia untuk memanfaatkan pelbagai kemungkinan.

Pengasas bersama projek infrastruktur yang dikenali sebagai FinEst Bay Area melibatkan terowong Helsinki-Tallinn dan empat stesen yang disambungkan ke terowong itu, Vesterbacka sedang dalam lawatan lima hari ke Malaysia mulai 24 hingga 29 Sept. Projek itu menghubungkan Finland dan Estonia, oleh itu ia dikenali sebagai FinEst.

Vesterbacka akan bertemu dengan pegawai kerajaan dalam pendigitalan, pembangunan teknologi dan sumber semula jadi di sini, sejajar dengan jejak pelaburan global beliau dalam individu dan bakat.

“Cabang pembangunan pendidikan FinEst Bay Area, yang dikenali sebagai Finest Future, yang saya terajui sebagai pengasas bersama, berminat untuk memperkenalkan pendidikan Finland di Malaysia, bermula dari peringkat sekolah menengah sehingga universiti, untuk membangunkan bakat serta keusahawanan,” Vesterbacka memberitahu Bernama baru-baru ini.

“Kami mahu mewujudkan persekitaran bagi orang ramai memupuk keperibadian serta kreativiti mereka dan mengembangkan potensi mereka, ini semua perlu dimulakan dengan mempelajari bahasa Finland,” katanya.

Finest Future ialah cabang pembangunan pendidikan bagi Kawasan Teluk FinEst. la bertujuan untuk mewujudkan pertumbuhan ekonomi di Finland dan Estonia. la menyediakan pembelajaran dalam talian.

la memudahkan, menilai dan menyediakan pensijilan dalam penguasaan bahasa Finland untuk golongan muda yang memasuki sekolah tinggi serta universiti Finland bermula dari 15 hingga 16 tahun.

Menurut beliau, lebih mudah menyesuaikan diri dengan kehidupan Finland jika bermula pada usia yang jauh lebih muda.

Vesterbacka berkata Laporan Kebahagiaan Dunia telah meletakkan Finland sebagai negara paling gembira. la tidak mendiskriminasi mana-mana individu dari segi umur, jantina, bangsa dan agama kerana masyarakatnya berpegang kepada kesaksamaan

“Finland menyediakan alternatif yang lebih murah berbanding negara lain. Seseorang boleh mendapat pendidikan tinggi dan pengajian tinggi percuma selain hanya perlu membayar kos sara hidup yang berjumlah 6,720 euro (satu euro=RM4.61) setahun berbanding 15,000 euro atau lebih di negara barat lain,” katanya

Katanya lagi, Finest Future telah mengembangkan pendidikan Finland ke lebih 20 negara, termasuk Uzbekistan, Afrika, Amerika Selatan, Indonesia, Thailand, Singapura dan China sejak ia ditubuhkan empat tahun lalu. 

Finest Future mempunyai pejabat di Vietnam, Thailand dan Finland.

“Kami pada masa ini mempunyai 1,000 pelajar dengan potensi 2,000 yang akan datang,” katanya.

Vesterbacka menekankan bahawa matlamatnya adalah untuk membolehkan golongan muda dari pelbagai negara mencari pekerjaan bernilai tinggi dan menyesuaikan diri dengan kehidupan Finland.

“Kami juga akan meneroka perkongsian dengan sekolah antarabangsa di Malaysia,” katanya, sambil menambah adalah penting bagi melengkapkan golongan muda dengan kemahiran hidup melalui pendidikan, terutamanya apabila membangunkan keusahawanan.

Vesterbacka, pelabur di lebih 70 syarikat turut menerokai kecerdasan buatan dan sektor mampan di Malaysia.

Beliau ketika mengulas mengenai projek infrastruktur FinEst Bay Area yang melibatkan terowong kereta api bawah laut Finland-Estonia, antara yang terpanjang di dunia, berkata aspek perundangannya kini berada pada peringkat pihak berkuasa Estonia.

Majalah Time menamakan Vesterbacka sebagai antara 100 orang paling berpengaruh di planet ini pada 2011. — BERNAMA

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Terkini

Pelajar atau kadet laut China? – Mas Ermieyati persoal Fadhlina

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin.
  • Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.
  • Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.
  • Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.
  • “Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.
  • “Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.
  • Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.
  • Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Ahli Parlimen Masjid Tanah, Datuk Mas Ermieyati Samsudin hari ini mempersoal kenyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kehadiran 165 kadet kapal Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di Air Itam, Pulau Pinang beberapa hari lalu.

Mas Ermieyati mendakwa penjelasan menteri itu bahawa mereka yang hadir itu adalah pelajar dan pensyarah bagi program pertukaran budaya antara pelajar adalah tidak benar.

Beliau menyangkal kenyataan Fadhlina yang mendakwa lawatan itu hanyalah aktiviti pertukaran budaya antara dua kumpulan pelajar dari China’s University of Naval Engineering Academy dengan pelajar Sekolah Menengah Swasta Chung Ling sempena sambutan 50 tahun hubungan diplomatik Malaysia-China.

“Kenyataan ini tidak benar, kerana 165 orang kadet PLAN dari kapal Qi Jiguang (kapal latihan) ini adalah mereka yang dalam proses dan tempoh peralihan untuk menjadi kelasi penuh tentera laut PLAN China dan bukanlah pelajar universiti seperti yang dinyatakan oleh YB Fadhlina.

“Ianya seakan sama seperti anak-anak kapal KD Pelandok Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menjalani latihan untuk menjadi kelasi penuh TLDM,” kata Mas Ermieyati dalam kenyataan media di akaun Facebook beliau hari ini.

Beliau turut memuat naik tangkap layar liputan Harian Metro bertajuk “Bukan tentera China tetapi penuntut dan pensyarah – Fadhlina” dalam hantaran Facebook itu.

Terdahulu, Pengerusi Biro Antarabangsa BERSATU yang juga bekas Menteri Luar, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dilaporkan berkata sambutan meriah terhadap dua kapal tentera laut China yang berlabuh di Pelabuhan Pulau Pinang itu disifatkan ‘tidak masuk akal’, terutama ketika terdapat dakwaan perairan Malaysia di Sabah dan Sarawak dicerobohi aset republik itu.

Kehadiran dua kapal China itu turut mendapat reaksi pelbagai dari netizen susulan visual majlis sambutan kelompok terbabit yang tular di media sosial.

Mengulas lanjut, Mas Ermieyati berkata sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia-China disambut pada 31 Mei 2024, manakala sambutan kejayaan revolusi Komunis China di sambut pada 1 Oktober 2024.

“Apakah lawatan ini dibuat sempena sambutan hubungan diplomatik 50 tahun Malaysia dan China atau sempena sambutan revolusi Komunis China sekaligus meraikan penubuhan RRC?,” katanya.

Beliau menyifatkan sambutan luar biasa Kerajaan Negeri Pulau Pinang kepada pihak terbabit sebagai tidak sensitif.

“Tindakan Kerajaan Negeri Pulau Pinang dan Sekolah Menengah Swasta Chung Ling membuat sambutan besar-besaran menerima kunjungan kadet dan kelasi kapal Qi Jiguang dan Jinggang Shan ini adalah bukti kecuaian pihak Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang tidak sensitif terhadap situasi integriti kedaulatan maritim dan tuntutan bertindih yang dibuat oleh RRC di Luconia Shoals atau gugusan Beting Patinggi Ali (BPA) yang terletak 84 batu nautika dari pesisir pantai Sarawak,” katanya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending