Connect with us

Terkini

Netizen kecam Tokong Cina lakukan upacara khurafat & tidak senonoh

Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Tokong Cina Kampung Jawa mengadakan upacara berubat dijalankan seorang ahli upacara.
  • Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.
  • Laman Facebook Malaysia Info Channel berkongsi tangkap layar dari Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu yang menunjukkan upacara berubat dijalankan seorang ahli upacara.
  • “Malam 1 haribulan 11 kalendar Cina, ramai penganut membawa anak untuk berubat dengan Tua Pek Kong (nama Tuhan dalam kepercayaan Taoisme),” demikian kata hantaran di Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu.
  • Gambar-gambar dikongsikan menunjukkan seorang ahli upacara berpakaian warna biru menggunakan pedang untuk memotong lidah, lalu memasukkan darah lidah ke dalam mulut kanak-kanak yang datang berubat.
  • Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook itu mendapati rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai khurafat dan jahil.
  • “Pentingnya ilmu untuk masyarakat berfikir secara rasional. Nampak tak dahsyatnya kejahilan?” tulis netizen, Felcia Chua.

KUALA LUMPUR – Upacara sebuah tokong Cina di Kampung Jawa, Klang, mengundang kritikan netizen kerana ahli upacaranya disyaki melakukan perbuatan khurafat dan tidak senonoh.

Laman Facebook Malaysia Info Channel berkongsi tangkap layar dari Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu yang menunjukkan upacara berubat dijalankan seorang ahli upacara.

“Malam 1 haribulan 11 kalendar Cina, ramai penganut membawa anak untuk berubat dengan Tua Pek Kong (nama Tuhan dalam kepercayaan Taoisme),” demikian kata hantaran di Facebook tokong Cina Kampung Jawa itu.

Gambar-gambar dikongsikan menunjukkan seorang ahli upacara berpakaian warna biru menggunakan pedang untuk memotong lidah, lalu memasukkan darah lidah ke dalam mulut kanak-kanak yang datang berubat.

Foto: Gambar yang dikongsikan di Facebook Malaysia Info Channel.

Tinjauan The Merdeka Times di ruangan komen hantaran Facebook itu mendapati rata-rata netizen menyifatkan perbuatan itu sebagai khurafat dan jahil.

“Pentingnya ilmu untuk masyarakat berfikir secara rasional. Nampak tak dahsyatnya kejahilan?” tulis netizen, Felcia Chua.

“Kesian budak. Dahsyatnya khurafat,” kata Gary Wong.

Netizen, Si Si pula berkata tindakan itu akan meninggalkan kesan kepada kanak-kanak terbabit.

“Kanak-kanak balik nanti mimpi ngeri,” tulis Si Si.

Foto: Komen netizen.

Nelsone Tam pula menyeru pihak polis untuk mengambil tindakan ke atas individu terbabit.

“Polis Diraja Malaysia yang dihormati, sila ambil tindakan dengan secepat mungkin. Fenomena ini telah merosakkan dan menjejaskan suasana sosial, terima kasih,” kata Nesone Tam.

Foto: Komen netizen.

Laman Facebook tokong itu telah dipadam setelah hantarannya dikongsi dan dikritik oleh netizen. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *