Terkini
(VIDEO) KPM perlu siasat dakwaan murid tawar khidmat seks di sekolah – Persatuan guru
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menyiasat dakwaan wujudnya kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
- Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menyiasat dakwaan wujudnya kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
- Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata KPM perlu menyiasat dakwaan itu dan mengenal pasti sekolah terlibat dalam insiden tersebut.
- Mohd Azizee yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) turut meminta guru dan pengurusan sekolah terbabit peka dan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu benar-benar berlaku.
- “Isu-isu berkaitan gangguan seksual ataupun perbuatan seksual yang berlaku ini selalu kita dengar di peringkat sekolah menengah dan amat mengejutkan ia berlaku di peringkat sekolah rendah ia satu perkara yang membimbangkan.
- “Perlakuan tersebut adalah perlakuan keji dan tindakan pelajar menawarkan perkhidmatan seks ini tidak wajar berlaku dalam institusi pendidikan seolah-olah ia memberikan satu gambaran tidak baik kepada institusi pendidikan,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
KUALA LUMPUR — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) diminta menyiasat dakwaan wujudnya kes murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ atau ‘blowjob’ (hisap kemaluan) dengan harga RM10.
Presiden Ikatan Guru Muslim Malaysia (I-Guru), Mohd Azizee Hasan berkata KPM perlu menyiasat dakwaan itu dan mengenal pasti sekolah terlibat dalam insiden tersebut.
Mohd Azizee yang juga Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pelajaran Malaysia (KONGRES) turut meminta guru dan pengurusan sekolah terbabit peka dan mengambil tindakan sewajarnya jika kes itu benar-benar berlaku.
“Isu-isu berkaitan gangguan seksual ataupun perbuatan seksual yang berlaku ini selalu kita dengar di peringkat sekolah menengah dan amat mengejutkan ia berlaku di peringkat sekolah rendah ia satu perkara yang membimbangkan.
“Perlakuan tersebut adalah perlakuan keji dan tindakan pelajar menawarkan perkhidmatan seks ini tidak wajar berlaku dalam institusi pendidikan seolah-olah ia memberikan satu gambaran tidak baik kepada institusi pendidikan.
“Ia juga menunjukkan bahawa penghayatan yang rapuh di kalangan anak-anak dari sudut pegangan agama mereka,” katanya kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
Mohd Azizee berkata demikian ketika mengulas tentang dakwaan penceramah pendidikan seksualiti keibubapaan, Mohd Fadhli Othman yang mengatakan terdapat kes membabitkan murid lelaki tahap dua di sebuah sekolah rendah di sebuah negeri menawarkan khidmat seks ‘BJ’ dengan harga RM10.
‘Bisnes’ itu dikatakan berlaku dalam kalangan murid lelaki dan perempuan di sekolah kebangsaan terbabit yang tidak dinyatakan lebih terperinci berkenaan latar tempat dan masa kes tersebut.
Mohd Azizee berkata guru perlu diberi pendedahan tentang bagaimana hendak menguruskan pendidikan seksualiti kepada murid-murid bukan sahaja di peringkat sekolah menengah, tetapi harus dimulai dengan peringkat sekolah rendah supaya isu sedemikian dapat ditangani dengan baik.
“Dari aspek lain kita merasakan kecewa dengan apa yang berlaku ini dan harap ada satu tindakan sewajarnya dilakukan pihak sekolah dan KPM untuk melihat balik macam mana pengurusan pendidikan yang kita berikan kepada anak-anak, terutama dari segi penghayatan keagamaan mereka, kemudian dari segi aspek memahami mengurus pendidikan seks kepada murid-murid tadi supaya mereka tidak terjebak ataupun terlibat perkara-perkara sebegini.
“Ini bukan tanggungjawab institusi semata-mata tapi juga tanggungjawab masyarakat keseluruhan, ibu bapa untuk memainkan peranan dan cakna kepada apa yang berlaku dalam kes ini jadi satu tindakan perlu dilaksanakan secara lebih proaktif bagi mengelakkan perkara-perkara tersebut,” katanya.
Beliau berkata ibu bapa juga perlu memainkan peranan mereka dengan memberikan pendidikan seks yang betul kepada anak-anak berpaksikan kepada prinsip agama, bagi mengelakkan kelompok terbabit tidak terjebak perkara tidak sepatutnya.
Tinjauan TMT semalam berkenaan pendedahan penceramah bebas itu, mendapati majoriti ibu bapa berpendapat kebebasan menggunakan media sosial dan telefon pintar secara melampau punca berlakunya kes mengejutkan murid lelaki menjalankan ‘bisnes’ khidmat seks di sekolah.
Susulan itu, mereka menegaskan pihak ibu bapa perlu memainkan peranan penting dengan menghadkan dan memantau rapat penggunaan media sosial dan telefon anak masing-masing.
Mengulas dapatan itu, Mohd Azizee berkata beliau tidak menafikan antara pengaruh besar menyebabkan murid-murid terjebak dalam ‘bisnes’ tidak bermoral itu adalah disebabkan media sosial.
Ini susulan semua maklumat boleh diakses dengan mudah hingga menyebabkan anak-anak tidak belajar sesuatu perkara, termasuk pendidikan seks dengan cara betul, sebaliknya mempelajarinya di media sosial.
“Ditambah pula influencer-influencer ataupun pengaruh luar rakan sebaya yang mendorong kepada perkara tersebut di samping kerapuhan jati diri pelajar itu sendiri dari segi penghayatan keagamaan yang menyebabkan mereka terdedah kepada perkara-perkara tidak sepatutnya seperti perlakuan seksual tadi,” katanya. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram