Antarabangsa
Pertikaian tanah: Sami penagih dadah acu pistol ugut penduduk tempatan
Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.
- Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.
- Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh sami berusia 49 tahun itu dengan menggunakan pistol.
- Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.
- Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.
- Semasa disoal siasat, sami itu mengaku pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.
Polis menahan seorang sami penagih dadah di Kalasin, wilayah Isaan, Thailand pada 4 Julai lalu yang bertindak mengugut bunuh penduduk tempatan berhampiran sebuah kuil disebabkan pertikaian jual beli tanah.
Thaiger melaporkan seorang lelaki Thailand berusia 22 tahun dan bapanya meminta bantuan daripada pempengaruh media sosial Guntouch Pongpaiboonwet (lebih dikenali sebagai Gun) selepas menerima ugutan bunuh menggunakan pistol sami berusia 49 tahun itu.
Sami penagih itu dilaporkan tidak berpuas hati kerana mereka enggan menjual sebidang tanah kepadanya.
Gun dan pegawai dari Balai Polis Khao Wong melakukan serbuan ke atas kuil itu pada 7 Julai lalu.
Semasa disoal siasat, sami itu mengaku dia pernah mempertimbangkan untuk membeli sebidang tanah, tetapi ia tidak boleh dijual kepadanya kerana isu kekurangan dokumen pemilikan.
Menurut sami itu, dia tidak berhubung atau mengganggu keluarga itu selepas pembelian tanah tersebut tidak berjaya.
Sami itu juga mendakwa pistol yang didakwa digunakannya untuk mengancam lelaki itu bukanlah pistol benar.
Selepas tempat penginapannya digeledah, pegawai menemui dua pistol tetapi tidak menemui pistol palsu seperti dakwaan sami itu.
Ketika ditanya mengenai penggunaan dadah dan pengambilan alkohol, sami itu menafikan sebarang penglibatan.
Namun, ujian dadah mendedahkan adanya unsur methamphetamine dalam sistem tubuhnya. – The Merdeka Times