Connect with us

Antarabangsa

Palestin selar keputusan Israel label UNRWA “organisasi pengganas”

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Isnin mengecam rang undang-undang Israel mengisytiharkan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai “organisasi pengganas”.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein Al-Sheikh.
  • Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Isnin mengecam rang undang-undang Israel mengisytiharkan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai “organisasi pengganas”.
  • Parlimen Israel (Knesset) pada awal Isnin meluluskan tiga rang undang-undang untuk menutup UNRWA dan menganggapnya sebagai “organisasi pengganas”.
  • Rang undang-undang itu memerlukan dua bacaan lagi untuk mula berkuatkuasa.
  • Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein Al-Sheikh, menyifatkan keputusan Knesset sebagai “tidak menghormati masyarakat antarabangsa dan organisasi-organisasi antarabangsa”.

Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) pada Isnin mengecam rang undang-undang Israel mengisytiharkan Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin (UNRWA) sebagai “organisasi pengganas”.

Parlimen Israel (Knesset) pada awal Isnin meluluskan tiga rang undang-undang untuk menutup UNRWA dan menganggapnya sebagai “organisasi pengganas”.

Rang undang-undang itu memerlukan dua bacaan lagi untuk mula berkuatkuasa.

Setiausaha Agung Jawatankuasa Eksekutif PLO, Hussein Al-Sheikh menyifatkan keputusan Knesset sebagai “tidak menghormati masyarakat antarabangsa dan organisasi-organisasi antarabangsa”.

“Kami menegaskan bahawa pendudukan Israel merupakan bentuk keganasan paling keji yang dijalankan setiap hari ke atas rakyat Palestin.

“Keputusan Knesset terhadap organisasi kemanusiaan antarabangsa ini mesti dihadapi pendirian antarabangsa yang menyokong organisasi ini secara politik, kewangan dan moral supaya ia dapat meneruskan peranan kemanusiaan dan moralnya terhadap warga yang menjadi mangsa pendudukan Israel,” katanya dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu.

Knesset pada Mei lalu meluluskan usul awal meluluskan rang undang-undang mengisytiharkan UNRWA sebagai “organisasi pengganas”.

Israel melobi dengan kuat penutupan UNRWA kerana ia satu-satunya agensi PBB dengan mandat khusus untuk menjaga keperluan asas pelarian Palestin.

UNRWA ditubuhkan melalui resolusi PBB pada 1949 dan diberi mandat untuk memberikan bantuan dan perlindungan kepada pelarian di lima kawasan operasi iaitu Jordan, Syria, Lubnan, Tebing Barat, dan Gaza. – The Merdeka Times

Author