Connect with us

Terkini

Tiba masa rangka kerja pencen dan persaraan direformasi – PM Anwar

Sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan reformasi terhadap rangka kerja pencen dan persaraannya bagi memastikan keselamatan kewangan, ekuiti untuk semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata survei baru-baru ini mendapati 26.1 peratus responden berumur 60 tahun ke atas akan terus bekerja sehingga hadapi masalah kesihatan, kerana mereka menghadapi cabaran untuk mencapai jaminan pendapatan bagi membiayai keperluan persaraan mereka.
  • Beliau berkata populasi warga emas lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding rata-rata penduduk Malaysia lain, dengan hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan seperti pencen semasa bersara.
  • “Data KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menunjukkan bahawa satu daripada empat ahlinya menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.
  • “Keadaan sekali gus manfaat KWSP akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara atau menguruskan risiko kelanjutan usia,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC 2024), di sini hari ini.
  • Anwar berkata terdapat keperluan melakukan reformasi secara aktif kepada rangka kerja pencen Malaysia, bagi memastikan setiap generasi di negara ini dapat menjalani kehidupan usia tua dengan bermaruah.

KUALA LUMPUR — Sudah tiba masanya untuk Malaysia melakukan reformasi terhadap rangka kerja pencen dan persaraannya bagi memastikan keselamatan kewangan, ekuiti untuk semua rakyat Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar berkata survei baru-baru ini mendapati 26.1 peratus responden berumur 60 tahun ke atas akan terus bekerja sehingga hadapi masalah kesihatan, kerana mereka menghadapi cabaran untuk mencapai jaminan pendapatan bagi membiayai keperluan persaraan mereka.

Beliau berkata populasi warga emas lebih terdedah kepada kemiskinan berbanding rata-rata penduduk Malaysia yang lain, dengan hanya 29 peratus rakyat Malaysia mempunyai pencen atau pendapatan seperti pencen semasa bersara.

“Data KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) menunjukkan bahawa satu daripada empat ahlinya menghabiskan simpanan mereka dalam tempoh lima tahun selepas mencapai umur pengeluaran.

“Keadaan sekali gus manfaat KWSP akan menyebabkan ramai rakyat Malaysia tidak dapat mengekalkan taraf hidup yang munasabah semasa bersara atau menguruskan risiko kelanjutan usia,” katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2024 (ISWC 2024), di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof, Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dan Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata terdapat keperluan untuk melakukan reformasi secara aktif kepada rangka kerja pencen Malaysia, bagi memastikan setiap generasi di negara ini dapat menjalani kehidupan usia tua dengan bermaruah.

“Penyelesaian baharu diperlukan dalam memastikan tiada sesiapa yang tertinggal dan setiap lapisan masyarakat mendapat manfaat daripada perlindungan sosial…Memperluaskan perlindungan KWSP secara berfasa, supaya lebih ramai populasi penduduk pada usia bekerja akan menjadi sebahagian daripada ekosistem KWSP yang akan memastikan lebih ramai rakyat Malaysia boleh mengumpul simpanan persaraan mencukupi, untuk hari tua mereka,” kata Anwar.

Perdana Menteri berkata Malaysia dijangka beralih daripada Negara Menua kepada Negara Tua dengan 14 peratus penduduk berusia 65 tahun ke atas dalam tempoh 23 tahun.

Beliau berkata Kerajaan Perpaduan komited sepenuhnya untuk memperbaiki kehidupan warga emas Malaysia dan membina masyarakat yang lebih inklusif dan adil untuk semua, selaras dengan konsep MADANI.

“Sehubungan itu, kerajaan bercadang untuk memperkukuh dua tonggak perlindungan sosial… untuk bantuan sosial, kerajaan akan memperkasakan lagi program bantuan sosial bagi memberi sokongan dan jaringan keselamatan kepada rakyat Malaysia yang menghadapi masalah kewangan.

“Bagi merangsang Pasaran Buruh, kerajaan akan terus memperkukuh inisiatif latihan, bantuan pengangguran dan program lain, untuk mendapatkan rakyat Malaysia pekerjaan yang akan meningkatkan taraf hidup mereka,” katanya. — BERNAMA

Author

Antarabangsa

5,081 peneroka haram Israel serbu Masjid Al-Aqsa pada Jun – Laporan

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.
  • IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.
  • Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan tentera (berek tentera).

Sekurang-kurangnya 5,081 peneroka haram Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa pada Jun di bawah perlindungan Pasukan Pendudukan Israel (IOF), lapor akhbar Al-Hurriya.

IOF masih mengekalkan kawalan ketat ke atas akses sekitar Masjid Al-Aqsa, menyekat kemasukan orang Islam sambil memudahkan kemasukan peneroka haram di bawah perlindungan tentera.

Roya News melaporkan kehadiran IOF yang semakin meningkat di sekitar pintu Kota Lama berjaya mengubah kawasan tersebut menjadi sesuatu yang disifatkan pengkritik sebagai perkhemahan (berek) tentera .

Aktivis Palestin mengecam sekeras-kerasnya pencerobohan itu dan menyifatkannya percubaan disengajakan untuk mengukuhkan kawalan ke atas Masjid Al-Aqsa dan menuntut kepentingan Yahudi pada elemen rohani dan sejarah tapak itu.

Mereka mengeluarkan gesaan supaya ditingkatkan kehadiran orang Islam di pekarangannya bagi menentang tindakan sedemikian dan melindungi tapak suci itu daripada pencerobohan selanjutnya. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending