Antarabangsa
Tajikistan dikecam haramkan hijab
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.

- Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.
- Frasa diketahui ramai ini dikatakan bermaksud menyasarkan pakaian orang Islam, termasuk tudung, menurut kenyataan akhbar CAIR di laman sesawangnya.
- Suruhanjaya Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF) dalam laporan tahunan 2024 mengesyorkan Tajikistan ditetapkan sebagai salah satu Countries of Particular Concern (CPC).
- “Pada 2023, keadaan kebebasan beragama di Tajikistan kekal teruk kerana kerajaannya terus menyekat dan menghukum aktiviti keagamaan warganya, termasuk mereka yang tinggal di luar negara.
- “Di bawah undang-undang Kebebasan Kepercayan dan Persatuan Agama (undang-undang agama), kerajaan melarang aktiviti keagamaan yang tidak berdaftar, mengehadkan pendidikan agama, menyekat import dan pengedaran bahan keagamaan, dan mengekalkan syarat-syarat diskriminasi mendaftar masjid dan pelantikan Imam (Muslim Clergy), antara tindakan lain,” kata USCIRF dipetik CAIR.
Majlis Hubungan Amerika-Islam (CAIR) mengecam cubaan Parlimen Tajikistan mengharamkan “pakaian yang asing kepada budaya Tajik”.
Frasa diketahui ramai ini dikatakan bermaksud menyasarkan pakaian orang Islam, termasuk tudung, menurut kenyataan akhbar CAIR di laman sesawangnya.
Draf pindaan itu dijangka diluluskan dan ditandatangani menjadi undang-undang selepas ini.
Suruhanjaya Amerika Syarikat bagi Kebebasan Beragama Antarabangsa (USCIRF) dalam laporan tahunan 2024 mengesyorkan Tajikistan ditetapkan sebagai salah satu Countries of Particular Concern (CPC).
“Pada 2023, keadaan kebebasan beragama di Tajikistan kekal teruk kerana kerajaannya terus menyekat dan menghukum aktiviti keagamaan warganya, termasuk mereka yang tinggal di luar negara.
“Di bawah undang-undang Kebebasan Kepercayaan dan Persatuan Agama (undang-undang agama), kerajaan melarang aktiviti keagamaan yang tidak berdaftar, mengehadkan pendidikan agama, menyekat import dan pengedaran bahan keagamaan, dan mengekalkan syarat-syarat diskriminasi mendaftar masjid dan pelantikan Imam (Muslim Clergy), antara tindakan lain,” kata USCIRF dipetik CAIR.
“Kebebasan beragama termasuk hak memakai apa yang dipilih, termasuk tudung, serban Sikh, yarmulke Yahudi, jubah Buddha, atau kebiasaan Kristian.
“Pemakaian pakaian keagamaan haruslah mengikut kesedaran dan kepercayaan individu, bukan perintah diskriminasi kerajaan,” kata Pengarah Penyelidikan & Advokasi CAIR Corey Saylor dalam satu kenyataan. – The Merdeka Times
