Connect with us

Antarabangsa

Lebih setengah juta ‘lari’ dari Israel dalam enam bulan pertama perang

Lebih setengah juta rakyat Israel meninggalkan negara itu dan tidak kembali dalam tempoh enam bulan pertama perang Israel-Hamas, lapor Times of Israel memetik Pihak Berkuasa Imigresen dan Populasi Israel.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Lebih setengah juta rakyat Israel meninggalkan negara itu dan tidak kembali dalam tempoh enam bulan pertama perang Israel-Hamas, lapor Times of Israel memetik Pihak Berkuasa Imigresen dan Populasi Israel.
  • Data pihak berkuasa menunjukkan jumlah rakyat Israel yang meninggalkan negara sejak Oktober tahun lepas adalah sekitar 550,000 individu.
  • Menurut data Biro Pusat Statistik Israel pada April, populasi Israel adalah 9.9 juta, termasuk lebih 2 juta rakyat Palestin, 400,000 warga Palestin di Baitulmaqdis Timur dan 20,000 warga Syria di Bukit Golan yang diduduki.
  • Jutaan rakyat Israel dilapor memegang dua kerakyatan dengan memiliki sekurang-kurangnya satu kewarganegaraan lain.

Lebih setengah juta rakyat Israel meninggalkan negara itu dan tidak kembali dalam tempoh enam bulan pertama perang Israel-Hamas, lapor Times of Israel memetik Pihak Berkuasa Imigresen dan Populasi Israel.

Data pihak berkuasa menunjukkan jumlah rakyat Israel yang meninggalkan negara sejak Oktober tahun lepas adalah sekitar 550,000 individu.

Menurut data Biro Pusat Statistik Israel pada April, populasi Israel adalah 9.9 juta, termasuk lebih 2 juta rakyat Palestin, 400,000 warga Palestin di Baitulmaqdis Timur dan 20,000 warga Syria di Bukit Golan yang diduduki.

Jutaan rakyat Israel dilapor memegang dua kerakyatan dengan memiliki sekurang-kurangnya satu kewarganegaraan lain.

Israel sebelum ini mengingkari resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menuntut gencatan senjata segera, kini berdepan kecaman antarabangsa di tengah-tengah serangan berterusan ke atas Gaza.

Lebih lapan bulan sejak bermulanya perang, kawasan Gaza yang luas terbiar dalam kehancuran di tengah-tengah sekatan melumpuhkan bekalan makanan, air bersih dan ubat-ubatan. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *





Antarabangsa

Dron baharu Houthi berjaya lepasi radar zionis, seorang maut, 10 cedera di Tel Aviv

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Wartawan TMT

Published

on

Foto: Jurucakap Houthi, Yahya Saree.
  • Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.
  • Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.
  • Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Kumpulan Houthi Yaman mendakwa berjaya menggunakan dron baharu yang “mampu melepasi sistem pemintas dan tidak dapat dikesan radar” dalam serangan pagi ini di bandar Tel Aviv, Israel, lapor Al Jazeera.

Dalam satu kenyataan disiarkan di platform X, Jurucakap Houthi, Yahya Saree berkata dron tersebut dinamakan “Jaffa”, sempena nama bandar pelabuhan Palestin kuno di mana Tel Aviv diasaskan.

Terdahulu, Al Jazeera melaporkan seorang terbunuh dan sekurang-kurangnya 10 cedera berikutan serangan dron di sebuah bangunan di Tel Aviv.

Tentera Israel menyatakan bahawa mereka sedang membuka siasatan untuk mengetahui mengapa sistem pertahanan udara negara itu tidak diaktifkan untuk memintas dron tersebut.

Tentera Israel turut berkata bahawa tentera udaranya meningkatkan rondaan di ruang udara negara itu sambil siasatan serangan dron di Tel Aviv itu diteruskan – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Kata Kunci

Trending