Antarabangsa
Kes bunuh diri tentera Israel meningkat
Genosid yang dilakukan zionis terhadap Gaza memperlihatkan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan tentera Israel.
- Pada Jun sahaja, tiga kes bunuh diri dilaporkan dalam kalangan Pasukan Penjajahan Israel (IOF), lapor S2J News.
- Saluran berita Ibrani Hadashot Bazman melaporkan seorang tentera simpanan IOF yang baru dikeluarkan daripada perkhidmatan, dilapor membunuh diri di Jalan Ares sekitar penempatan haram Or Yehuda.
- Seorang lagi tentera IOF, Eliran Mizrahi, membunuh diri minggu lalu untuk mengelak daripada dikerahkan untuk berkhidmat semula.
- Sejak 7 Oktober lalu, Haaretz mendedahkan bahawa sepuluh orang pegawai dan tentera telah membunuh diri dengan beberapa kejadian berlaku di tengah pertempuran di penempatan sekitar Gaza. Media lain bagaimanapun melaporkan bahawa angka ini jauh lebih tinggi.
Genosid yang dilakukan zionis terhadap Gaza memperlihatkan peningkatan kes bunuh diri dalam kalangan tentera Israel.
Memetik artikel S2J News, laporan dari sumber dalaman Israel memaklumkan situasi itu mengakibatkan berlakunya kekurangan tentera simpanan zionis.
Pada Jun sahaja, tiga kes bunuh diri dilaporkan dalam kalangan Pasukan Penjajahan Israel (IOF), lapor S2J News.
Menurut laman web berbahasa Ibrani Hadashot Bazman, seorang tentera simpanan IOF yang baru dikeluarkan daripada perkhidmatan, dilapor membunuh diri di Jalan Ares sekitar penempatan haram Or Yehuda.
Kejadian ini berlaku selepas seorang lagi tentera IOF, Eliran Mizrahi, membunuh diri minggu lalu untuk mengelak daripada dikerahkan untuk berkhidmat semula.
Menurut laman berita Ibrani Walla, Mizrahi berkhidmat sebagai pemandu jengkaut di Gaza selama 78 hari dan bergelut dengan gangguan stress pasca trauma (PTSD).
Mizrahi dijadualkan “kembali bertugas” di selatan Gaza iaitu Rafah, tetapi membunuh diri sebelum kembali bertugas. Sebelum ini dia sering berkongsi gambar dan tindakan agresifnya terhadap rakyat Palestin sepanjang berkhidmat di Gaza.
Sejak 7 Oktober lalu, Haaretz mendedahkan bahawa sepuluh orang pegawai dan tentera telah membunuh diri dengan beberapa kejadian berlaku di tengah pertempuran di penempatan sekitar Gaza. Media lain bagaimanapun melaporkan bahawa angka ini jauh lebih tinggi.
Berdasarkan statistik yang dikeluarkan tentera Israel, kira-kira 3,763 anggotanya cedera sejak 7 Oktober, dengan 1,902 kecederaan.
Secara rasmi, 646 tentera dan pegawai dilaporkan mati sejak 7 Oktober, termasuk 294 kematian di Gaza. Namun, hospital dan media Israel menunjukkan bahawa angka korban sebenar mungkin lebih tinggi. – The Merdeka Times