Antarabangsa
Iklan Coca-Cola Bangladesh ‘nafi hubungan dengan Israel’ dikecam
Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.
- Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.
- Laporan media tempatan mengatakan jualan Coca-Cola di Bangladesh merosot kira-kira 23 peratus sejak serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu bermula.
- Dalam cubaan terbarunya untuk meningkatkan jualan, syarikat itu pada Ahad mengeluarkan iklan televisyen dan media sosial bertujuan menghapuskan ‘maklumat salah’’ bahawa Coca-Cola adalah produk Israel.
- Al Jazeera melaporkan perkara itu disampaikan dengan alasan bahawa minuman tersebut “telah dinikmati selama 138 tahun oleh orang ramai di 190 negara”.
- Sebaik sahaja disiarkan, kemarahan mula muncul dari dalam dan luar talian, dengan ramai warga Bangladesh mengecam “ketidakpekaan” dan ketidaktepatan iklan tersebut.
Iklan 60 saat Coca-Cola Bangladesh mengundang kecaman terhadap syarikat minuman gergasi itu atas usahanya untuk ‘membersihkan diri” dari rejim Israel di tengah-tengah perang ke atas Gaza.
Laporan media tempatan mengatakan jualan Coca-Cola di Bangladesh merosot kira-kira 23 peratus sejak serangan kejam Israel ke atas wilayah konflik itu bermula.
Dalam cubaan terbarunya untuk meningkatkan jualan, syarikat itu pada Ahad mengeluarkan iklan televisyen dan media sosial bertujuan menghapuskan ‘maklumat salah’’ bahawa Coca-Cola adalah produk Israel.
Al Jazeera melaporkan perkara itu disampaikan dengan alasan bahawa minuman tersebut “telah dinikmati selama 138 tahun oleh orang ramai di 190 negara”.
Sebaik sahaja disiarkan, kemarahan mula muncul dari dalam dan luar talian dengan ramai warga Bangladesh mengecam “ketidakpekaan” dan ketidaktepatan iklan tersebut.
Pengeluar minuman bergas itu telah lama terperangkap dalam konflik Timur Tengah di mana dari 1967 hingga 1991, Coke secara rasmi diboikot Liga Arab kerana membina kilang di Israel.
Parlimen Turkiye pada November mengundi untuk mengeluarkan minuman itu dari kedai dan restoran di kawasan parlimennya dan pengedar Coca-Cola Turkiye melaporkan penurunan jualan sebanyak 22 peratus pada suku terakhir 2023. – The Merdeka Times