Antarabangsa
Gereja Dublin batalkan konsert koir lelaki gay
Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.

- Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.
- Gereja St Andrew di Westland Row, membatalkan konsert musim panas Dublin Gay Men’s Chorus Pride in the Name of Love kerana ia merupakan “acara festival Pride”.
- Konsert yang dijadualkan pada 23 Jun itu adalah satu-satunya koir gay lelaki Ireland yang meraikan penghujung sambutan bulan Pride kelompok LGBT.
- “Kariah (pihak gereja) kecewa kerana sifat acara ini tidak dijelaskan pada masa tempahan,” kata emel Gereja St Andrew kepada kumpulan koir itu dipetik Pink News merujuk kepada penganjuran konsert sebagai acara sambutan Pride kelompok LGBT.
Sebuah gereja Roman Katolik di Dublin membatalkan konsert oleh koir lelaki gay dengan alasan ia “tidak serasi dengan misi kami”.
Gereja St Andrew di Westland Row, membatalkan konsert musim panas Dublin Gay Men’s Chorus Pride in the Name of Love kerana ia merupakan “acara festival Pride”.
Konsert yang dijadualkan pada 23 Jun itu adalah satu-satunya koir gay lelaki Ireland yang meraikan penghujung sambutan bulan Pride kelompok LGBT.
Pink News pada 13 Jun lalu melaporkan pengerusi koir, Patrick McNamara mengesahkan dia menerima e-mel daripada gereja terbabit yang mengatakan ia “mempelajari bahawa dalam bentuk dan kandungan ia (konsert) dipersembahkan bukan sebagai persembahan paduan suara yang mudah tetapi sebagai acara festival Pride”.
“Kariah tidak dalam kedudukan untuk menyediakan gereja untuk konsert itu. Kariah berbesar hati untuk mengalu-alukan kumpulan dari semua latar belakang untuk mengadakan konsert, seperti yang anda ketahui daripada konsert anda di sini sebagai pengarah muzik pada banyak kesempatan.
“Bagaimanapun, kariah kecewa kerana sifat acara ini tidak dijelaskan pada masa tempahan,” kata emel itu merujuk kepada penganjuran konsert sebagai acara sambutan Pride. – The Merdeka Times
