Connect with us

Terkini

Firdaus Wong dipanggil polis untuk disoal siasat

Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini memaklumkan beliau dipanggil polis untuk disoal siasat susulan satu laporan dibuat ke atasnya.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • “Pembantu peribadi saya telah menerima satu mesej di WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ainol Syafiq Pegawai Penyiasat Jenayah dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya Selangor. 
  • “Ini ialah bersabit satu laporan polis… dia hanya beritahu nombor laporan polis tapi dia tak beritahu tentang bersabit dengan siapa buat (laporan polis), apakah isunya, apakah kesnya jadi dia telah meminta PA saya untuk minta saya hadir ke IPD Petaling Jaya untuk merakamkan percakapan saya,” kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung kepada The Merdeka Times di sini hari ini.
  • Terdahulu, Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, mewakili  Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dilaporkan mengesahkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu.
  • NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus Wong memuat naik video mengenai cara mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.
  • Mengulas berkenaan laporan itu, Firdaus Wong berkata setiap apa dikatakan dan ditulis beliau adalah dipastikan berlandaskan agama Islam dan selari undang-undang negara.
  • “Jadi pada pandangan nasihat dari peguam saya okey itu hak mereka untuk membuat laporan (polis) dan berkaitan video yang mereka kupas itu peguam saya juga telah mengatakan sebenarnya tiada apa-apa isu perundangan di situ,” katanya.

KUALA LUMPUR —  Pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung hari ini memaklumkan beliau dipanggil polis untuk disoal siasat susulan satu laporan dibuat ke atasnya.

Firdaus Wong bagaimanapun berkata beliau tidak pasti laporan itu berkenaan kes apa dan siapakah pihak pengadu kerana beliau hanya diminta untuk hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, Selangor untuk merakamkan keterangan.

Beliau berkata setakat ini sebarang keputusan berkenaan tarikh dan waktu untuk memenuhi panggilan polis itu masih belum diputuskan memandangkan jadual beliau sangat padat ketika ini.

“Pembantu peribadi saya telah menerima satu mesej di WhatsApp yang memperkenalkan diri sebagai Inspektor Ainol Syafiq Pegawai Penyiasat Jenayah dari Bahagian Siasatan Jenayah IPD Petaling Jaya Selangor. 

“Ini ialah bersabit satu laporan polis… dia hanya beritahu nombor laporan polis tapi dia tak beritahu tentang bersabit dengan siapa buat (laporan polis), apakah isunya, apakah kesnya jadi dia telah meminta PA saya untuk minta saya hadir ke IPD Petaling Jaya untuk merakamkan percakapan saya,” kata pempengaruh dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung kepada The Merdeka Times di sini hari ini.

Terdahulu, Peguam Rajesh Nagarajan dan Sachpreetraj Singh, mewakili Pengerusi Persatuan Hindu Agamam Ani Malaysia, Arun Dorasamy dilaporkan mengesahkan pihak berkuasa membuka kertas siasatan terhadap Firdaus Wong di bawah Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan susulan laporan dibuat kumpulan itu.

NGO itu sebelum ini membuat laporan polis dengan mendakwa Firdaus Wong memuat naik video mengenai cara untuk mengislamkan kanak-kanak bukan Islam secara rahsia.

Video dimuat naik Firdaus Wong di TikToknya memaparkan beliau menjawab pertanyaan seorang penulis, Adnin Roslan tentang cara menangani permintaan remaja bawah umur yang bukan beragama Islam ingin memeluk Islam.

Pendakwah bebas itu antaranya menjelaskan dari sudut Islam tiada masalah untuk individu tersebut ingin memeluk agama Islam tidak kira berapa umurnya kerana beliau boleh diislamkan, bagaimanapun penukaran agama mereka tidak perlu didaftarkan atau diumumkan.

Mengulas berkenaan laporan itu, Firdaus Wong berkata setiap apa dikatakan dan ditulis beliau adalah dipastikan berlandaskan agama Islam dan selari undang-undang negara.

Beliau berkata semua perkara dilakukannya sama ada bercakap, menulis dan mengulas pasti akan diperiksa pihak peguamnya terlebih dahulu sebelum diterbitkan untuk memastikan ia tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

Katanya, kerana itu juga timbul dakwaan segelintir pihak yang mempertikaikan tiada tindakan diambil pihak berkuasa ke atasnya walaupun lebih 1,000 laporan polis dilakukan.

“Jadi pada pandangan nasihat dari peguam saya okey itu hak mereka untuk membuat laporan (polis) dan berkaitan video yang mereka kupas itu peguam saya juga telah mengatakan sebenarnya tiada apa-apa isu perundangan di situ.

“Saya tidak akan bincang atau dedahkan lebih lanjut apakah isi perbincangan saya dengan peguam saya kerana benda-benda itu saya akan kongsikan dengan pihak berkuasa jikalau diperlukan,” katanya yang tidak menolak kebarangkalian beliau diminta hadir ke IPD Petaling Jaya adalah kerana isu video tersebut. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *