Antarabangsa
(VIDEO) Bruno Mars patut “catch a grenade” untuk anak-anak Palestin – Pemanggil Fly FM
DJ stesen radio Fly FM, Ryan Howlett dan Hafiz Hatim membincangkan polemik kedatangan Bruno Mars di Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 17 September ini.
KUALA LUMPUR – DJ stesen radio Fly FM, Ryan Howlett dan Hafiz Hatim membincangkan polemik kedatangan Bruno Mars di Kuala Lumpur yang dijadualkan pada 17 September ini.
Klip video dua DJ tersebut berbual dimuat naik di platform Instagram Fly FM semalam dengan seorang pemanggil mempersoalkan solidariti selebriti antarabangsa itu melibatkan pembunuhan 40,000 nyawa manusia.
“Kenapa kita menjemput penyanyi yang telah berkata “Saya sayang Israel”? Saya tidak merasakan dia selebriti beretika untuk dijemput.
“Bagi saya, satu-satunya cara Bruno Mars boleh menebus kesilapannya dalam hal ini adalah untuk dia mengutuk Israel. Dia tidak boleh (sekadar) berkata, “Saya memihak kepada keamanan..” “Kami hanya mahukan kedamaian..” kita tidak mahukan semua itu lagi kerana 40,000 orang telah mati,” kata pemanggil itu.
Pemanggil tidak dikenali itu juga memberikan pandangan bagaimana Bruno Mars harus bertindak dengan menggunakan lirik lagu penyanyi terkenal itu yang menarik perhatian Hafiz dan Ryan.
“Wahai Bruno Mars, “you are not amazing just the way you are” hinggalah kamu “catch a grenade” untuk anak-anak Palestin.
“Selamatkan mereka, bersuaralah, sertai gerakan (pembebasan), bebaskan Palestin!” kata pemanggil itu menasihati ramai.
Ryan dan Hafiz sebelum itu membincangkan insiden pada Oktober tahun lalu ketika Bruno meninggalkan Israel setelah tercetusnya perang dan kedatangan penyanyi antarabangsa itu ke Malaysia dikatakan mendapat sambutan agak baik. – The Merdeka Times
View this post on Instagram