Terkini
(VIDEO) Kongres BERSIH: Bukan Muslim sokong agenda reformasi gerakan Islam perlu diutamakan
Kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa Kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.
- Kelompok bukan Muslim daripada pelbagai NGO sokong kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa Kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.
- Nathaniel Tan dari NGO Projek #BangsaMalaysia bersetuju kerajaan wajar memberi keutamaan jika agenda dibawakan gerakan Islam adalah untuk memurnikan atau memberi kedamaian kepada masyarakat.
- Beliau juga menyifatkan agenda dibawakan ABIM di Kongres BERSIH yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini semalam, sebagai agenda yang murni dan membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.
- “Kerana kalau tidak dibagi keutamaan (agenda reformasi) masalah-masalah rakyat tidak akan diselesaikan… masalah-masalah besar yang boleh mengakibatkan rasuah, ketirisan, penindasan hak asasi benda-benda ini adalah satu masalah yang besar dan ketara yang masih dihadapi oleh ramai rakyat,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Kongres BERSIH di sini pada Sabtu.
- Senada dengan Nathaniel, Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai juga berpendapat sebarang agenda reformasi dari gerakan Islam perlu diberikan keutamaan dan didengari oleh kerajaan.
- Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berkenaan adakah sebarang agenda reformasi disuarakan gerakan Islam tidak wajar dianggap picisan, sebaliknya perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan.
KUALA LUMPUR — Kelompok bukan Muslim daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyokong kenyataan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bahawa Kerajaan tidak boleh menganggap sebarang agenda reformasi dibawakan kelompok gerakan Islam hari ini sebagai agenda picisan.
Nathaniel Tan dari NGO Projek #BangsaMalaysia bersetuju kerajaan wajar memberi keutamaan jika agenda dibawakan gerakan Islam adalah untuk memurnikan atau memberi kedamaian kepada masyarakat.
Beliau juga menyifatkan agenda dibawakan ABIM di Kongres BERSIH yang berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) di sini semalam, sebagai agenda yang murni dan membawa kebaikan kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum mahupun agama.
“Kerana kalau tidak dibagi keutamaan (agenda reformasi) masalah-masalah rakyat tidak akan diselesaikan… masalah-masalah besar yang boleh mengakibatkan rasuah, ketirisan, penindasan hak asasi benda-benda ini adalah satu masalah yang besar dan ketara yang masih dihadapi oleh ramai rakyat,” katanya kepada The Merdeka Times ketika ditemui di Kongres BERSIH di sini pada Sabtu.
Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan wartawan berkenaan adakah sebarang agenda reformasi disuarakan gerakan Islam tidak wajar dianggap picisan, sebaliknya perlu diberikan keutamaan oleh kerajaan.
Ia susulan kenyataan Presiden ABIM, Ahmad Fahmi Samsudin yang menegaskan kerajaan perlu mengutamakan agenda reformasi dibawakan gerakan Islam ataupun Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) supaya ia dapat dijadikan rujukan dalam tampuk pemerintahan hari ini.
Ahmad Fahmi berkata ini kerana gerakan Islam mempunyai kedudukan dan peranan signifikan untuk ke hadapan, bukan sesuatu yang boleh dianggap sebagai ‘serpihan’ atau ‘ditepi-tepian’.
Senada dengan Nathaniel, Pengasas Bersama UNDI18, Tharma Pillai juga berpendapat sebarang agenda reformasi dari gerakan Islam perlu diberikan keutamaan dan didengari kerajaan.
Tharma Pillai berkata alasan agenda reformasi dari gerakan Islam perlu diberikan keutamaan adalah kerana Perdana Menteri Malaysia sendiri hari ini dari latar belakang gerakan Islam dan ramai individu berpengaruh adalah daripada gagasan gerakan Islam.
“Kita pun tahu bahawa BERSIH dan juga gerakan rakyat adalah antara salah satu sebab di mana Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu menjadi perdana menteri hari ini.
“Bahawa beliau membawa naratif bahawa reformasi negara untuk anti rasuah, reformasi ekonomi negara, reformasi sosial, semua adalah perkara yang penting.
“Jadi bagi saya, kerajaan harus dengar apa yang diminta oleh rakyat, apa yang diminta oleh gerakan mahasiswa, diminta oleh belia, gerakan Islam dan juga gerakan masyarakat MADANI… Kerajaan MADANI ini haruslah buat yang terbaik dan pastikan negara ini pada jalan yang betul,” katanya.
Pengarah Eksekutif BERSIH, Ooi Kok Hin pula berpandangan semua gerakan sosial di negara ini, termasuk gerakan Islam, adalah pemegang taruh untuk agenda reformasi, justeru berbalik kepada kerajaan sama ada ingin melaksanakan agenda tersebut atau sekurang-kurangnya beri maklum balas.
“Bagi saya sebarang gerakan sosial kita sebagai rakyat Malaysia yang menggerakkan agenda reformasi untuk bawa tunjuk kat kerajaan, we have a fair share of our citizenship to make a claim.
“So bagi saya gerakan sosial kita semua mempunyai taruhan, pemegang taruhlah untuk agenda reformasi ini dan saya rasa semua agenda adalah equal on the table, so is it a matter for a government take us seriously to respond to this issue sama ada dia nak melaksanakan atau tidak sekurang-kurangnya dia kena respond, dia tak boleh tidak menggerakkan atau did slow dan sebagainya,” kata Kok Hin. — The Merdeka Times
Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/
View this post on Instagram