Antarabangsa
Trump Presiden AS pertama bergelar penjenayah
Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
- Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
- Trump akan dijatuhkan hukuman pada 11 Julai dan berpotensi berdepan hukuman penjara, lapor BBC News.
- Mahkamah mendengar 22 saksi selama enam minggu, termasuk Stormy Daniels, yang mempunyai dakwaan pertemuan seksual dengan Trump menjadi tumpuan kes ini.
- Trump dituduh menyembunyikan bayaran dibuat bekas peguamnya untuk mendiamkan bekas bintang filem dewasa itu sejurus sebelum pilihan raya 2016.
Donald Trump disabitkan bersalah dengan 34 pertuduhan memalsukan rekod perniagaan dalam perbicaraan jenayah pertama bekas presiden Amerika Syarikat (AS) itu.
Trump akan dijatuhkan hukuman pada 11 Julai dan berpotensi berdepan hukuman penjara, lapor BBC News.
Mahkamah mendengar 22 saksi selama enam minggu, termasuk Stormy Daniels yang mempunyai dakwaan pertemuan seksual dengan Trump menjadi tumpuan kes ini.
Trump dituduh menyembunyikan bayaran dibuat bekas peguamnya untuk mendiamkan bekas bintang filem dewasa itu sejurus sebelum pilihan raya 2016.
Dia mengaku tidak bersalah atas semua pertuduhan dan menafikan sebarang pertemuan seksual dengan Daniels.
Ini merupakan kali pertama dalam sejarah seorang bekas presiden AS berdepan perbicaraan jenayah. – The Merdeka Times