Antarabangsa
Protes pelajar UCLA pro-Palestin tidak dilindungi polis – Laporan
Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.
- Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.
- Al Jazeera memetik AP melaporkan Ketua staf Majlis Hal Ehwal Awam Muslim di AS, Rebecca Husaini berkata pelajar yang memprotes di UCLA tidak berasa dilindungi polis berikutan serangan pada malam Selasa sehingga pagi Rabu.
- “Masyarakat perlu merasakan polis melindungi mereka, tidak membenarkan orang lain mencederakan mereka,” kata Rebecca.
- Perkara itu disebutnya selepas tercetusnya keganasan di mana pelajar di perkhemahan aman pro-Palestin di kampus Los Angeles diganggu secara lisan, disembur lada dan dipukul penyerang pro-Israel.
- Beberapa pelajar yang bercakap dengan AP berkata mereka perlu bergantung antara satu sama lain dan bukan pihak polis sebagai perlindungan ketika mereka diserang.
Pertubuhan Islam di Amerika Syarikat (AS) dan pelajar University of California, Los Angeles (UCLA) mengecam pegawai-pegawai universiti dan polis kerana gagal campur tangan dan melindungi mereka daripada penyerang pro-Israel.
Al Jazeera memetik AP melaporkan Ketua staf Majlis Hal Ehwal Awam Muslim di AS, Rebecca Husaini berkata pelajar yang memprotes di UCLA tidak berasa dilindungi polis berikutan serangan pada malam Selasa sehingga pagi Rabu.
“Masyarakat perlu merasakan polis melindungi mereka, tidak membenarkan orang lain mencederakan mereka,” kata Rebecca.
Perkara itu disebutnya selepas tercetusnya keganasan di mana pelajar di perkhemahan aman pro-Palestin di kampus Los Angeles diganggu secara lisan, disembur lada dan dipukul penyerang pro-Israel.
Beberapa pelajar yang bercakap dengan AP berkata mereka perlu bergantung antara satu sama lain dan bukan pihak polis sebagai perlindungan ketika mereka diserang.
Ramai penyokong pro-Palestin kekal aman dan tidak terlibat dengan pelaku serangan.
Berikutan penahanan lebih 100 penunjuk perasaan pelajar bulan lalu di Universiti Columbia di New York, demonstrasi pro-Palestin semakin merebak di kolej dan universiti di seluruh AS.
Selain UCLA, pelajar di beberapa kolej dan universiti California yang lain, termasuk Universiti Stanford, Universiti California Selatan, UC Berkeley dan Negeri Sacramento, menyertai bantahan. – The Merdeka Times