Connect with us

Terkini

“Lita’arafu” bukan toleransi – PMX

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Adam Tan

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.
  • Anwar memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud Allah mencipta manusia menjadi pelbagai bangsa adalah untuk Lita’arafu (Berkenal-kenalan).
  • “Ia adalah Lita’arafu, ia adalah berkenal-kenalan, berkenalan bermaksud menghargai,” kata Anwar dalam ucapan perasmian Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024  di Sunway Resort Hotel hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perkataan “Lita’arafu” (Berkenal-kenalan) yang disebut dalam al-Quran bukan bermaksud toleransi tetapi adalah mengenali satu sama lain.

Anwar memetik ayat al-Quran dalam Surah al-Hujurat, Ayat 13 yang bermaksud Allah mencipta manusia menjadi pelbagai bangsa adalah untuk Lita’arafu (Berkenal-kenalan).

“Lita’arafu bukan toleransi, saya bertoleransi dengan kamu yang berbeza warna (kulit), saya bertoleransi dengan kamu yang berbeza kaum. Bukan.

“Ia adalah Lita’arafu, ia adalah berkenal-kenalan, berkenalan bermaksud menghargai,” kata Anwar dalam ucapan perasmian Persidangan Pemimpin Agama Antarabangsa 2024  di Sunway Resort Hotel hari ini.

Katanya, Malaysia adalah negara pelbagai agama di mana agama Islam adalah agama persekutuan dan Muslim terdiri daripada hampir 60 peratus populasi.

“Kita bertanggungjawab untuk memastikan agama Islam diamalkan seperti dalam Perlembagaan (Persekutuan),” katanya.

Bagaimanapun, Anwar menegaskan setiap warganegara berhak untuk mengamalkan agama masing-masing di Malaysia.

Persidangan dihadiri pemimpin-pemimpin agama dari 57 negara itu dianjurkan Pejabat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Liga Dunia Muslim (MWL). – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *