Connect with us

Terkini

(VIDEO) Jangan ganggu-gugat status, kedudukan UiTM dengan kemasukan bukan bumiputera

Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin, Datuk Khaidhirah Abu Zahar.
  • Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.
  • Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga alumni UiTM berkata, mengubah syarat kemasukan universiti terbabit bukan sahaja akan mengubah silibus ataupun budaya akademik yang sudah lama terbina, namun boleh menggugat kedudukan dan kestabilan institusi itu.
  • Beliau berkata kerajaan melaksanakan dasar meritokrasi dalam kemasukan universiti awam sejak 2002.
  • “Jadi mengapa perlu mengganggu UiTM ini yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?
  • “… Usah diganggu gugat status dan kedudukan UiTM. Hayati dan hormatilah peranan UiTM untuk bumiputera dan betapa dekatnya institusi tersebut dalam orang Melayu khususnya,” katanya menerusi klip video di TikTok pada Isnin.

KUALA LUMPUR — Naib Ketua UMNO Bahagian Jasin mengingatkan supaya status dan kedudukan Universiti Teknologi Mara (UiTM) tidak diganggu gugat susulan adanya cadangan kemasukan pelajar bukan bumiputera ke dalam institusi khusus bumiputera itu.

Datuk Khaidhirah Abu Zahar yang juga alumni UiTM berkata, mengubah syarat kemasukan universiti terbabit bukan sahaja akan mengubah silibus ataupun budaya akademik yang sudah lama terbina, namun boleh menggugat kedudukan dan kestabilan institusi itu.

Khaidhirah yang lebih dikenali sebagai Dira Abu Zahar berkata, Malaysia begitu demokratik dengan keterbukaan institusi pendidikan untuk semua sama ada Melayu dan bukan Melayu khususnya boleh memasuki universiti awam dan swasta lain

Beliau berkata kerajaan melaksanakan dasar meritokrasi dalam kemasukan universiti awam sejak 2002.

“Jadi mengapa perlu mengganggu UiTM ini yang sudah berfungsi dengan baik dalam peranannya?

“… Usah diganggu gugat status dan kedudukan UiTM. Hayati dan hormatilah peranan UiTM untuk bumiputera dan betapa dekatnya institusi tersebut dalam orang Melayu khususnya.

“Dan sepatutnya semua rakyat Malaysia kita harus berbangga dengan apa yang telah dicapai oleh UiTM sambil terus mendukung kepelbagaian dalam sistem pendidikan kita yang lebih luas,” katanya menerusi klip video di TikTok pada Isnin.

Dira berkata perjalanan universiti itu bukan perkara mudah berikutan ia bermula sebagai universiti yang dianggap kelas kedua, bahkan dikatakan tidak sebaris institusi lain seperti Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Malaya dan banyak lagi.

“UiTM  telah berjuang untuk membuktikan keunggulannya, namun apabila ia mulai dikenali dan dihormati barulah kelihatan seolah-olah ada permintaan untuk membuka pintunya kepada selain Melayu atau bukan bumiputera sedangkan semasa awal bergelar institusi tidak ramai memandangnya.

“Adakah ini benar benar tentang inklusiviti?,” katanya yang turut memuat naik beberapa tangkap layar artikel berkenaan individu yang menginginkan UiTM dibuka kepada bukan bumiputera.

Pada April lalu, pelakon dan model Alicia Amin dilaporkan mempertahankan pendirian bapanya, Profesor Dr Raja Amin Raja Mokhtar yang mencadangkan agar kemasukan ke UiTM dibuka kepada bukan bumiputera, namun hanya untuk kursus pengajian pascasiswazah.

Alicia berkata bapanya sebagai pengamal perubatan cakna tentang kekurangan doktor dan jururawat di pusat kesihatan kerajaan yang menjadi masalah negara mutakhir ini.

Bekas menteri undang-undang, Datuk Zaid Ibrahim juga mengulas isu sama dengan berpandangan membantu bukan Melayu masuk ke UiTM juga akan membantu bumiputera dengan menyelesaikan masalah negara.

Mengulas lanjut, Dira berkata semua bangsa harus memandang peningkatan pendidikan orang Melayu di Malaysia dari sudut positif, bukan tentang mencipta ancaman atau tekanan kepada sesiapa.

Beliau menegaskan kelompok Melayu dan bumiputera adalah teras dan majoriti di Malaysia.

“Dan majoriti yang berpendidikan dan berdaya saing akan mengukuhkan lagi negara kita secara keseluruhan dengan peranan yang dimainkan oleh UiTM memperkasakan komuniti bumiputera lebih ramai profesional dilahirkan dan membangunkan negara yang hasilnya boleh dinikmati oleh semua lapisan kaum dan juga masyarakat,” katanya. — The Merdeka Times

Sokong TMT media berani, benar & bebas di https://support.themerdekatimes.com/

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *