Terkini
Universiti perlu lihat latar belakang ahli akademik, nilai kesarjanaan sebelum dijemput – Zambry
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.
- Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.
- Beliau berkata walaupun menghormati mengenai kebebasan universiti tetapi ahli akademik yang ingin diundang harus mempunyai nilai kesarjanaannya.
- “Dalam jemput siapa pun. Lihat latar belakang seperti daripada segi kepakarannya. Bukan soal nak halang siapa pun. Saya ingatkan biar bawa yang benar-benar mempunyai nilai kesarjanaannya,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette hari ini.
- Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
KUALA LUMPUR – Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir mengingatkan setiap universiti melihat latar belakang ahli akademik yang ingin dijemput.
Beliau berkata walaupun menghormati mengenai kebebasan universiti tetapi ahli akademik yang ingin diundang harus mempunyai nilai kesarjanaannya.
“Dalam jemput siapa pun. Lihat latar belakang seperti daripada segi kepakarannya. Bukan soal nak halang siapa pun. Saya ingatkan biar bawa yang benar-benar mempunyai nilai kesarjanaannya,” katanya seperti dipetik Malaysia Gazette hari ini.
Zambry turut mengingatkan terdapat perbezaan antara kebebasan akademik dengan menyentuh soal negara.
“Dalam hal ini, ia bukan soalan akademik. Ini soal kenyataan terhadap keselamatan, kedudukan dan imej negara dibuat daripada (orang) luar (yang) datang (ke dalam negara) dengan membuat kenyataan terlalu celupar.
“Harus bezakan. (Ini) membuat kenyataan terlalu biadab dan sangat merbahaya,” katanya.
Sebelum ini, Universiti Malaya (UM) dikecam hebat kerana membenarkan seorang ahli akademik Amerika Syarikat menyebarkan propaganda zionis Israel dan menuduh ahli politik Malaysia yang menyokong perjuangan Palestin menyebarkan kebencian terhadap Yahudi.
Ketika menyampaikan syarahan yang bertajuk “Will Malaysia Become an Active Middle Power?” Bruce mengeluarkan kenyataan berbunyi “A country whose political leaders advocate a second Holocaust against the Jewish people will never be a serious player in world affairs, and will certainly never be a friend or partner of the United States”.
Kenyataan itu kemudian dikongsikan semula menerusi ciapan di laman X milik peribadinya, yang menarik perhatian masyarakat Malaysia terutamanya mahasiswa UM.
Susulan insiden itu, KPT turut mengarahkan sebarang program dan aktiviti yang dijadual dihadiri seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan dilihat mencetuskan kontroversi dan tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular di media sosial dibatalkan segera. – The Merdeka Times