Connect with us

Antarabangsa

Tertukar identiti dan masalah komunikasi, Pegawai perubatan tersalah gugur bayi

Doktor di Republik Czech melakukan pengguguran ke atas pesakit yang salah selepas berlakunya insiden tragis campur aduk informasi.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Doktor di Republik Czech melakukan pengguguran ke atas pesakit yang salah selepas berlakunya insiden tragis campur aduk informasi.
  • Pegawai perubatan melakukan perkhidmatan pengguguran itu di Hospital Universiti Bulovka, di Prague, ke atas seorang wanita yang hamil empat bulan disebabkan kekangan bahasa.
  • Independent melaporkan ibu mengandung itu ke hospital pada 25 Mac lalu untuk menjalani pemeriksaan tetapi dihantar untuk kuretase, satu prosedur pengeluaran tisu dari rahim.
  • Seorang wanita lain sepatutnya melakukan pengguguran itu tetapi kakitangan perubatan – termasuk doktor, pakar sakit puan, jururawat, dan pakar bius – tertukar identiti wanita itu.
  • Biasanya prosedur kuretase digunakan untuk merawat pelbagai isu-isu ginekologi, tetapi ia boleh digunakan untuk pengguguran.

Doktor di Republik Czech melakukan pengguguran ke atas pesakit yang salah selepas berlakunya insiden tragis campur aduk informasi.

Pegawai perubatan melakukan perkhidmatan pengguguran itu di Hospital Universiti Bulovka, di Prague, ke atas seorang wanita yang hamil empat bulan disebabkan kekangan bahasa.

Independent melaporkan ibu mengandung itu ke hospital pada 25 Mac lalu untuk menjalani pemeriksaan tetapi dihantar menjalani kuretase, satu prosedur pengeluaran tisu dari rahim.

Seorang wanita lain sepatutnya menjalani prosedur itu tetapi kakitangan perubatan termasuk doktor, pakar sakit puan, jururawat, dan pakar bius tertukar identiti wanita tersebut.

Siasatan hospital mendapati wanita itu disapa di bilik menunggu berbanding pesakit lain, mengangguk bersetuju dan menandatangani kertas kerja supaya prosedur itu boleh dijalankan.

“Kami telah menyatakan kekesalan permohonan maaf kami yang mendalam kepada pesakit dan seluruh ahli keluarganya atas kejadian malang ini dan memberi jaminan bahawa kami akan melakukan segala yang mungkin untuk mengurangkan kemudaratan yang ditimbulkan dan juga memberi pampasan kepadanya,” kata Jurucakap Hospital Universiti Bulovka, Eva Libigerová.

Sumber tidak mahu dikenali memberitahu akhbar Prahain.cz bahawa kedua-dua wanita itu berketurunan Asia dan tidak mahir berbahasa Czech.

Di Republik Czech, prosedur pengguguran adalah sah di sisi undang-undang atas apa sahaja sebab sebelum minggu ke 12, manakala sehingga minggu ke 24 atas sebab-sebab perubatan tertentu. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *