Connect with us

Terkini

Saman McDonald’s Malaysia terhadap BDS belum ditarik sepenuhnya

Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia hari ini memaklumkan kenyataan pemilik francais McDonald’s tempatan, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) bahawa ia memutuskan menarik semula saman undang-undangnya terhadap BDS Malaysia adalah tidak tepat.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Hidayah Sani

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia hari ini memaklumkan kenyataan pemilik francais McDonald’s tempatan, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) bahawa ia memutuskan menarik semula saman undang-undangnya terhadap BDS Malaysia adalah tidak tepat.
  • Gerakan itu menjelaskan tiada sebarang persetujuan dicapai semasa sesi pertama mediasi dilakukan, susulan Gerbang Alaf enggan memenuhi tuntutan pihaknya supaya mereka mengutuk jenayah pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.
  • “BDS Malaysia berasa terdorong untuk menjelaskan perkara sebenar. Kenyataan akhbar dikeluarkan Gerbang Alaf (pada 22 Mac) yang mengumumkan penarikan balik saman itu, bukan sahaja tidak tepat tetapi juga mengelirukan.
  • “Sekarang, saman undang-undang mereka belum ditarik balik sepenuhnya kerana kami masih belum bersetuju dengan syarat penarikan.
  • “Perkara itu akan dibawa untuk diselesaikan pada 18 April di hadapan hakim yang dilantik mahkamah,” katanya.,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

KUALA LUMPUR — Boycott Divestment Sanctions (BDS) Malaysia hari ini memaklumkan kenyataan pemilik francais McDonald’s tempatan, Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd (GAR) bahawa ia memutuskan menarik semula saman undang-undangnya terhadap BDS Malaysia adalah tidak tepat.

BDS Malaysia berkata saman Gerbang Alaf masih belum ditarik balik sepenuhnya kerana ia masih belum bersetuju dengan syarat penarikan.

Gerakan itu menjelaskan tiada sebarang persetujuan dicapai semasa sesi pertama mediasi dilakukan, susulan Gerbang Alaf enggan memenuhi tuntutan pihaknya supaya mereka mengutuk jenayah pembunuhan beramai-ramai Israel di Gaza.

“BDS Malaysia berasa terdorong untuk menjelaskan perkara sebenar. Kenyataan akhbar dikeluarkan Gerbang Alaf (pada 22 Mac) yang mengumumkan penarikan balik saman itu, bukan sahaja tidak tepat tetapi juga mengelirukan.

“Ia salah menggambarkan sifat sebenar penarikan saman dan pendirian BDS Malaysia mengenai perkara itu,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

BDS Malaysia berkata pihaknya tidak terkejut dengan keputusan Gerbang Alaf menarik balik saman itu kerana kes terhadap pihak mereka adalah lemah.

Gerakan itu yakin pihaknya akan memenangi kes berkenaan sekiranya ia dibawa ke perbicaraan penuh.

“Sekarang, saman undang-undang mereka belum ditarik balik sepenuhnya kerana kami masih belum bersetuju dengan syarat penarikan.

“Perkara itu akan dibawa untuk diselesaikan pada 18 April di hadapan hakim yang dilantik mahkamah,” katanya.

Pada 22 Mac lalu, McDonald’s Malaysia dilapor menarik balik saman fitnah difailkan terhadap BDS Malaysia berikutan hasil positif mediasi dan penjelasan dibuat gerakan itu.

Pengarah Urusan dan Rakan Operasi Tempatan McDonald’s Malaysia, Datuk Azmir Jaafar berkata saman difailkan itu sebelum ini adalah sebagai langkah untuk memastikan semua pihak memahami dengan jelas tentang kedudukan McDonald’s Malaysia dalam konflik yang berlaku di Timur Tengah ketika ini.

“Dengan hasil positif mediasi dan penjelasan dibuat BDS dalam kenyataan terkini mereka, bahawa tindakan pengendali McDonald’s di Israel sama sekali tiada kena mengena dengan McDonald’s Malaysia, kami akan menarik balik saman fitnah tersebut.

“Kami tetap teguh dengan pendirian kami untuk tidak menyokong dan tidak terlibat dalam sebarang konflik atau peperangan,” katanya. — The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *