Antarabangsa
Projek Nimbus Google, aset utama Israel ke atas Gaza untuk duduki Palestin
Google dan hubungannya dengan kerajaan Israel kembali menjadi tajuk utama apabila beberapa pekerja syarikat itu ditangkap dan dipecat di Amerika Syarikat (AS) kerana mengadakan protes duduk di pejabat syarikat itu.
- Google dan hubungannya dengan kerajaan Israel kembali menjadi tajuk utama apabila beberapa pekerja syarikat itu ditangkap dan dipecat di Amerika Syarikat (AS) kerana mengadakan protes duduk di pejabat syarikat itu.
- Pekerja di syarikat terbabit melakukan protes bertahun lama terhadap kerjasama syarikat teknologi gergasi itu dengan kerajaan dan tentera Israel.
- Mereka menyeru supaya Projek Nimbus ditutup, projek dengan perjanjian $1.2 bilion yang turut melibatkan Amazon, selain Google dikatakan menjadi “cabang aktif mesin perang genosid Israel” menentang rakyat Palestin.
- Kebimbangan mereka disokong Pakar Teknologi dan penganalisis seperti Antony Loewenstein, yang percaya bahawa projek kontroversi itu memainkan peranan penting dalam penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.
- “Projek Nimbus merupakan aset utama kompleks industri ketenteraan Israel dalam peperangannya di Gaza dan sepanjang Palestin yang diduduki,” kata Loewenstein dipetik agensi berita Anadolu.
Google dan hubungannya dengan kerajaan Israel kembali menjadi tajuk utama apabila beberapa pekerja syarikat itu ditangkap dan dipecat di Amerika Syarikat (AS) kerana mengadakan protes duduk di pejabat syarikat itu.
Pekerja syarikat terbabit melakukan protes bertahun lama terhadap kerjasama syarikat teknologi gergasi itu dengan kerajaan dan tentera Israel.
Mereka menyeru supaya Projek Nimbus ditutup, projek dengan perjanjian $1.2 bilion yang turut melibatkan Amazon, selain Google dikatakan menjadi “cabang aktif mesin perang genosid Israel” menentang rakyat Palestin.
Kebimbangan mereka disokong Pakar Teknologi dan penganalisis seperti Antony Loewenstein, yang percaya bahawa projek kontroversi itu memainkan peranan penting dalam penindasan Israel terhadap rakyat Palestin.
Loewenstein juga merupakan pengarang “The Palestine Laboratory”, sebuah buku terkenal berkenaan industri persenjataan dan pengawasan Israel.
“Projek Nimbus merupakan aset utama kompleks industri ketenteraan Israel dalam peperangannya di Gaza dan sepanjang Palestin yang diduduki,” kata Loewenstein dipetik agensi berita Anadolu.
Perjanjian Projek Nimbus diumumkan Kementerian Kewangan Israel pada 2021 berkaitan syarikat teknologi gergasi itu bersama-sama menyediakan perkhidmatan pengkomputeran awan selain bantuan terhadap Israel dalam binaan pusat pelayan storan awan tempatan.
Butiran lain mengenai kontrak itu kebanyakannya dirahsiakan, tetapi laporan termasuk dari The Intercept mendedahkan beberapa butiran mengejutkan.
Ia termasuk bagaimana perkhidmatan awan memberi Israel keupayaan berkuasa kecerdasan buatan (AI) yang lebih besar untuk pengecaman muka dan imej untuk pengawasan besar-besaran rakyat Palestin.
Tidak lama selepas perjanjian itu diumumkan, pekerja dari Google dan Amazon menentangnya, mengatakan Israel akan menggunakannya “untuk pengawasan lanjut dan pengumpulan data yang menyalahi undang-undang ke atas rakyat Palestin” dan memudahkan “pengembangan penempatan haram Israel di tanah Palestin.”
Sepanjang tiga tahun lalu, protes berterusan pekerja Google dan Amazon menubuhkan kumpulan seperti No Tech for Apartheid yang didedikasikan untuk advokasi terhadap projek seperti Nimbus yang dikatakan “membantu menjadikan apartheid Israel lebih cekap, lebih ganas dan lebih fatal terhadap rakyat Palestin.”
Sejak melancarkan perang ke atas Gaza Oktober tahun lalu, Israel membunuh hampir 34,000 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 77,000, memusnahkan sebahagian besar wilayah itu, menyebabkan berjuta-juta orang kehilangan tempat tinggal dan menyebabkan mereka menghadapi kebuluran dan kelaparan. – The Merdeka Times