Connect with us

Terkini

PM nafi kerajaan luluskan kasino di Forest City

Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

WhatsApp
Facebook0
Twitter
Wartawan TMT

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.
  • Perdana Menteri turut menyatakan laporan media asing yang memetik sumber bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul.
  • “Tiada kasino berlesen…tipu…tidak betul,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.
  • Terdahulu, Malaysia dilaporkan dalam perbincangan bersama taikun-taikun berkaitan pembukaan kasino di Forest City, lapor The Business Times Singapura memetik Bloomberg hari ini dengan memetik sumber.

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim menafikan kerajaan akan meluluskan sebuah lagi kasino berlesen di Forest City, Johor.

Perdana Menteri turut menyatakan laporan media asing yang memetik sumber bahawa terdapat rancangan untuk membuka kasino berlesen kedua itu adalah tidak betul.

“Tiada kasino berlesen…tipu…tidak betul,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Madani Muhibah Aidilfitri di perkarangan Kementerian Komunikasi serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Terdahulu, Malaysia dilaporkan dalam perbincangan bersama taikun-taikun berkaitan pembukaan kasino di Forest City, lapor The Business Times Singapura memetik Bloomberg hari ini dengan memetik sumber.

Ia bertujuan memulihkan projek hartanah ‘tenat’ bernilai AS$100 bilion dolar di mana raja di negara ini difahamkan salah seorang pemegang sahamnya.

Menurut sumber enggan dikenali kerana maklumat berkaitan itu adalah sulit, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dikatakan bertemu pengasas syarikat Berjaya, Vincent Tan dan Lim Kok Thay dari Genting Group minggu lalu di tapak pembangunan di pantai selatan Malaysia berdekatan Singapura.

Ia merupakan rundingan peringkat awal dan keseriusan Anwar menerima idea terbabit masih tidak jelas, memandangkan ia boleh menerima tentangan di negara majoriti Islam itu di mana perjudian adalah tidak disukai.

Projek itu sebelum ini bergelut untuk menarik penduduk dari China dan negara lain selain menerima pelbagai tentangan termasuk politik di Malaysia. – The Merdeka Times

Author

Teruskan Membaca

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *